Bahagian Dasar dan
Kemajuan Pengurusan
Keterangan
Pada umumnya Bahagian ini
akan membuat pengkajian dan mengemukakan cadangan keatas
dasar-dasar/isu-isu/program-program makro iaitu
dasar-dasar/isu-isu/program-program yang mempunyai impak kepada
pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam secara keseluruhan.
Teknik-teknik pengurusan yang bersesuaian dan berkenaan akan
digunakan dalam proses penelitian dan pengkajian keatas
dasar-dasar/isu-isu/program-program tersebut.
Dasar
Mengkaji dan
memperkenalkan dasar-dasar baru yang berkaitan dengan pentadbiran
dan pengurusan perkhidmatan awam jika perlu;
Mengenalpasti dan
mengemukakan cadangan bagi memperbaiki dasar-dasar yang digunakan di
dalam pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam untuk disesuaikan
dengan keadaan semasa.
Kemajuan Pengurusan
Membuat penilaian keatas
perkembangan dan kemajuan pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan
awam melalui penganalisaan keatas program-program serta usaha-usaha
penambahbaikan dan pembaharuan seterusnya mengemukakan cadangan
mengenainya.
Bidang
Rujukan/Tumpuan
Untuk mengkaji dan
mengemukakan cadangan keatas dasar-dasar dan program-program
pentadbiran dan pengurusan kearah penambahbaikan dan pembaharuan
dengan tujuan meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keberkesanan
keseluruhan perkhidmatan awam.
Bahagian BDKP mempunyai 3
Unit iaitu Unit Perancangan, Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke
21, dan Unit Pembaharuan.
Unit Perancangan
Mengendalikan kerja-kerja
penelitian dan perancangan yang berkaitan dengan
dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan
perkhidmatan awam secara makro.
Tumpuan
Dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan
perkhidmatan awam.
Tugas-tugas yang
dikendalikan oleh unit ini antaranya:
Mengumpul
dasar-dasar/haluan perkhidmatan awam antaranya dari Titah-Titah
KDYMM/surat-surat keliling Jabatan Perdana Menteri/Kementerian
Kewangan/Jabatan Perkhidmatan Awam;
Mengenalpasti
dasar-dasar/isu-isu/program-program pentadbiran dan pengurusan
perkhidmatan awam yang perlu diwujudkan dan juga yang perlu diteliti
semula. Sumber-sumber seperti aduan orang ramai yang MSD terima;
Laporan Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21; Laporan Tahunan
kementerian/jabatan; dan lain-lain sumber yang bersesuaian akan
digunakan;
Menyelaras dan
menyediakan Laporan Tahunan setiap kementerian dan jabatan;
Menyediakan dan
membentangkan kertas konsep/kertas cadangan mengenai
dasar-dasar/isu-isu/program-program yang dikenalpasti kepada
Jawatankuasa Pengurusan MSD dan jika dipersetujui seterusnya Ke JPPA
dan agensi-agensi berkenaan iaitu sebelum penelitian lanjut dibuat
oleh Unit Wawasan, Unit Pembaharuan dan Bahagian-bahagian lain di
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan atau agensi-agensi lain dalam
Perkhidmatan Awam.
Unit Wawasan Perkhidmatan Awam Abad
Ke 21
Menyelaras, memantau dan mengemukakan
cadangan kearah menggiatkan dan memperbaiki lagi perlaksanaan
Wawasan Perkhidmatan Awam di kementerian dan jabatan.
Tumpuan
Wawasan Perkhidmatan Awam Abad Ke 21
Tugas-tugas yang dikendalikan oleh
Unit ini antaranya:
Mengambil tindakan keatas
penemuan-penemuan Unit Perancangan;
Memantau perlaksanaan Wawasan disetiap
kementerian dan jabatan yang diperolehi melalui 1) Perjumpaan
Bulanan Setiausaha-setiausaha Tetap 2) Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan mengenainya;
Menyelaras dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitannya dengan
kementerian/jabatan;
Mengemukakan cadangan bagi
memperbaiki dan menggiatkan lagi perlaksanaan Wawasan Perkhidmatan
Awam Abad Ke 21.
Unit Pembaharuan
Mengendalikan kerja-kerja
penelitian, pemantauan dan mengemukakan cadangan berkaitan dengan
usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan atau Rancangan Penelitian
Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam termasuk mengendalikan kerja-kerja
Urusetia kepada Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA).
Tumpuan
Usaha-usaha penambahbaikan
dan pembaharuan atau Rancangan Penelitian Semula Ke Atas
Perkhidmatan Awam.
Tugas-tugas yang
dikendalikan oleh Unit ini antaranya:
Mengambil tindakan keatas
penemuan-penemuan Unit Perancangan;
Mengenalpasti seterusnya
menyediakan laporan mengenai usaha-usaha penambahbaikan dan
pembaharuan yang diungkayahkan oleh kementerian/jabatan melalui
Borneo Bulletin, Pelita Brunei, laporan Tahunan setiap kementerian
dan jabatan dari bidang usaha/program pembaharuan/penambahbaikan
serta lain-lain sumber yang bersesuaian;
Mengemukakan cadangan bagi
mempergiatkan kementerian/jabatan melaksanakan usaha-usaha
penambahbaikan dan pembaharuan. Berkaitan itu, Bahagian-bahagian
lain dalam Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dijangka akan dapat
membantu kementerian/jabatan berkenaan dalam bidang-bidang yang
berkaitan dengan Bahagian masing-masing;
Melaksanakan tugas-tugas
Urusetia bagi JPPA termasuk memantau perlaksanaan usaha-usaha
penambahbaikan dan pembaharuan yang dipersetujui JPPA/menyampaikan
taklimat/menyediakan kertas konsep/kertas kerja/ laporan/
seumpamanya iaitu bagi perkara-perkara yang termasuk di dalam skop
tugas dan tanggungjawab Bahagian Dasar dan Kemajuan Pengurusan dan
diluar bidang Bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan
dan juga agensi-agensi lain.