Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Isnin, 15 Jun 2020 – Pada tahun ini, sekali lagi Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) meneruskan pemberian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) kepada pegawai dan kakitangan MSD dalam Bahagian II dan ke bawah sebagai menghargai jasa bakti mereka yang telah menunjukkan perkhidmatan yang Cemerlang dan Sangat Baik sepanjang tahun.
Majlis pada tahun ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya memandangkan warga jabatan perlu mematuhi garispandu yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan mengenai langkah-langkah pencegahan dan penjarakkan sosial untuk mengekang penularan jangkitan wabak COVID-19. Oleh itu, majlis ini telah diadakan di ruang legar jabatan ini, dan hanya dihadiri oleh Pemangku Pengarah, Yang Mulia Pengiran Khiruddin bin Pengiran Haji Yussof, Pemangku Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian. Manakala, pegawai dan kakitangan MSD mengikuti majis tersebut secara online (live) melalui aplikasi 'MS Teams'.
Penerima APT secara umumnya dinilai dari segi prestasi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur, amanah, boleh dipercayai, penuh iltizam, bertanggungjawab dalam memenuhi deadlines kerja dan membanggakan dengan memberi lebih usaha dalam penyelesaian tugasan yang diberikan walaupun secara mendadak dan diluar waktu bekerja serta mempunyai rekod kedatangan kerja yang sangat baik.
Penerima Anugerah Pekerja Terbaik (APT) Tahun 2020, adalah seperti berikut:
Kategori A (pegawai Bahagian II) :
Awang Mohammad Hafiizh bin Haji Osman
Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kategori B (pegawai Bahagian III) :
Dayang Shaherah binti Haji Shahbudin
Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Majlis turut diselajurkan dengan meraikan Majlis Jasamu Dikenang bagi Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariana binti Abdullah, Pemangku Timbalan Pengarah yang akan menjalani cuti persaraan bermula 20 Jun 2020 sebelum bersara wajib pada 05 Oktober 2020.
Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sukacita merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Yang Mulia, Dayang Hajah Siti Mariana binti Abdullah diatas jasa bakti dan sumbangan yang telah beliau berikan selama 29 tahun berkhidmat di jabatan ini.

Sesi
Bergambar Mantan Pemangku Timbalan Pengarah bersama Pemangku Pengarah dan Pemangku
Ketua Bahagian
