Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
8 OGOS 2020 - KURSUS PENGGUNAAN BAHASA

​BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Ogos 2020 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan kursus dalaman (in-house) bertajuk ‘Penggunaan Bahasa Melayu’ selama dua (2) hari pada 06 dan 08 Ogos 2020 dan telah dihadiri oleh seramai 27 orang pegawai dan kakitangan MSD. MSD telah menjemput Yang Mulia Hajah Norati binti Bakar, Pegawai Bahasa dari Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku fasilitator bagi kursus tersebut. 


Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman kepada warga MSD mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul didalam mereka melaksanakan tugas-tugas seharian terutama dalam penyediaan persuratan rasmi jabatan, kertas kerja-kertas kerja, laporan-laporan dan sebagainya.


Attachments