Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
10 APRIL 2021 - JERAYAWARA ANUGERAH INOVASI PERDANA

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL 2021 – Sebagai salah satu inisiatif untuk menggalakkan inovasi dalam urustadbir baik (good governance) dalam perkhidmatan awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Jerayawara Anugerah Inovasi Perdana (AIP) yang berlangsung selama dua (2) hari pada 10 April 2021 dan 12 April 2021 bertempat di Dewan Auditorium, Job Centre Brunei, Jalan Perindustrian, Beribi.

 

Tujuan jerayawara ini diadakan adalah untuk memberigakan dan menarik penyertaan warga perkhidmatan awam samada secara perseorangan atau berkumpulan daripada setiap kementerian / jabatan untuk menyertai AIP. Pada tahun ini,  penyertaan AIP menumpukan kepada penyertaan kertas projek, iaitu bagi projek yang telah dilaksanakan dan telah menampakkan hasil / natijah dan impak yang besar / positif bukan sahaja ke atas Perkhidmatan Awam malah kepada pihak berkepentingan / stakeholders khususnya kepada orang ramai. Penyertaan AIP juga menumpukan kepada beberapa bidang tertentu seperti (i) Meningkatkan Penyampaian Perkhidmatan Awam Melalui Aplikasi Teknologi Info – Komunikasi Dan Kaedah-Kaedah Tertentu; (ii) Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam; (iii) Meningkatkan Intergriti, Ketelusan, Akauntabiliti, Dan Tindakbalas Dalam Perkhidmatan Awam; dan (iv) Penambahbaikan Kualiti Proses Dalam Perkhidmatan Awam Yang Menyumbang Kepada Mempercepatkan Urusan-Urusan Yang Berkaitan Dengan Ease of Doing Business (EODB).

Manakala, matlamat AIP pula adalah bagi mengumpulkan dan menyebarluaskan amalan terbaik (best practices)  atau kaedah yang berjaya dan berkesan yang boleh dijadikan sebagai contoh (role model)  kepada agensi-agensi sektor awam yang lain disamping untuk meningkatkan lagi motivasi dan galakan kepada penjawat awam untuk lebih giat melaksanakan inovasi di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Acara jerayawara ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia, Awang Haji Muhammad Sufian bin Haji Bungsu, Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Korporat, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri, dan seterusnya diikuti dengan sesi taklimat mengenai Anugerah Inovasi Perdana tahun 2021 yang disampaikan oleh pegawai di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.



Yang Mulia, Awang Haji Muhammad Sufian bin Haji Bungsu,

Timbalan Setiausaha Tetap (Perkhidmatan Awam, Korporat, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri

Yang Mulia, Awang Akramin bin Haji Ash'ari

Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Jerayawara ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai yang mewakil setiap kementerian dan jabatan kerajaan.




Maklumat lanjut berkaitan AIP 2021 boleh didapati / dimuat turun melalui laman sesawang MSD, http:// www.msd.gov.bn dan bagi sebarang pertanyaan lanjut mengenainya bolehlah menghubungi MSD melalui talian 2382064 / 5 / 6 atau melalui E- Mel: aip.msd@msd.gov.bn.


Attachments