Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
SESI KHAS BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2021

Sesi Khas Bengkel 3PSA 2021 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD], Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Sesi Khas Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang pada hari Khamis, 22 April 2021 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam [IPA].

Pada Sesi Khas Bengkel 3PSA kali ini, sebanyak lima [5] jabatan telah membentangkan hasil dapatan dari Penilaian Sendiri (Self-Assessment) 3PSA yang telah dijalankan di jabatan masing-masing. Sesi khas ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 04 Februari hingga 10 Februari 2021. Setiap jabatan yang mengikuti bengkel diperlukan untuk melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing selepas selesai bengkel.

Beberapa orang ketua kumpulan telah berkongsi pengalaman mereka melaksanakan Self-Assessment di jabatan masing-masing dan rata-rata bersetuju melalui Self-Assessment 3PSA, kekuatan dan kelemahan jabatan dapat dikenal pasti. Jabatan Radio Televisyen Brunei, Jabatan Perdana Menteri mengakui melalui Self-Assessment 3PSA, jabatan berkenaan telah dapat mengenalpasti aspek pengurusan yang perlu ditambahbaik. Pada masa yang sama, RTB juga mendapati Self-Assessment 3PSA  ini telah meningkatkan kepekaan terutamanya dari aspek Sumber Tenaga Manusia dan pelaksanaan TPOR jabatan seperti penyediaan dokumen TPOR dan MPK teratur serta penyediaan pemulihan perkhidmatan. Manakala Dewan Bahasa dan Pustaka melihat empat [4] skop yang dinilai dalam 3PSA boleh mengenalpasti kelemahan yang ada dalam jabatan dan seterusnya dapat mengemukakan cadangan penambahbaikan.

Penyampaian sijil kepada peserta Bengkel 3PSA telah disempurnakan oleh Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan diakhir sesi.

Bengkel dan Self-Assessment 3PSA merupakan antara strategi bagi mempersiapkan jabatan-jabatan berkenaan untuk penilaian formal oleh MSD.  Dapatan Self-Assessment 3PSA ini dapat digunakan sebagai intelligent information dan perbandingan semasa pihak MSD melaksanakan penilaian formal. 


Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta  Bengkel 3PSA


Pembentangan daripada Kumpulan Pegawai Penilai Dewan Bahasa dan Pustaka

Attachments