Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

27 FEBRUARI 2014 - MAJLIS JASAMU DIKENANG



Satu majlis bagi meraikan persaraan pegawai-pegawai MSD telah diadakan pada 27hb Februari 2014 bertempat di Bilik Pesidangan Tingkat 2, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Bangunan Bahirah. Majlis bertujuan untuk mengenang jasa dua (2) pegawai yang telah bersara iaitu Pengiran Haji Omar Baki bin Pengiran Haji Japar dan Awang Haji Ali bin Haji Abd Samat yang dalam cuti persaraan.


Majlis ini telah dihadiri oleh Puan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Puan Hajah Masbi binti Haji Morni bersama pegawai-pegawai  yang diraikan berserta pegawai dan kakitangan yang lain. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Puan Pemangku Pengarah yang antara lain menyampaikan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan jasa bakti, komitmen kerja dan penglibatan kedua pegawai berkenaan dalam menjayakan apa jua aktiviti MSD.


Majlis berkenaan juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan dari Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS) MSD oleh Puan Pemangku Pengarah sebagai Penaung BKSS, kepada kedua-dua pegawai yang diraikan.


Pengiran Haji Omar Baki bin Pengiran Haji Japar telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pegawai Perkhidmatan Pengurusan, telah berkhidmat dengan kerajaan selama lebih daripada 33 tahun. Manakala Awang Haji Ali bin Haji Abd Samat pula telah berkhidmat selama lebih 30 tahun dengan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Penolong Pentadbir. Kedua-dua pegawai yang diraikan telah banyak menyumbangkan khidmat bakti samaada dari segi memberikan buah fikiran mahupun tenaga selama mereka berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam khususnya di MSD.


 

Attachments