Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
6 MEI 2017 - SESI KHAS BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2017

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Sesi Khas Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang pada hari Khamis, 4 Mei 2017 di Dewan Ittisal, Institut Perkhidmatan Awam.


Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama para Kumpulan Pegawai Penilai 

Sesi khas ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 27 Februari  sehingga 4 Mac 2017 yang lalu melibatkan 7 agensi.  Berikutan bengkel tersebut, setiap agensi berkenaan diperlukan untuk melaksanakan self-assessment di agensi masing-masing dan dapatan daripada Self-Assessment telahpun dikongsikan dan dibentangkan oleh Kumpulan Pegawai Penilai (peserta bengkel) agensi-agensi berkenaan di sesi khas ini sebelum dibentangkan di agensi masing-masing.

  

Susulan daripada sesi khas ini, Kumpulan Pegawai Penilai akan membentangkan pula dapatan self-assessment tersebut dengan pengurusan atasan di agensi mereka masing-masing. Hasil dapatan akan dibuat penganalisaan lanjut oleh MSD sebagai intelligent information dan perbandingan semasa formal assessment nanti.




Sesi khas diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta Bengkel 3PSA.  Turut hadir di sesi tersebut ialah Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Dayang Hajah Masbi binti Haji Morni, Pemangku Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan dan ketua-ketua bahagian MSD.


Attachments