Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
20 MEI 2017 - MAJLIS PELANCARAN ‘PROGRAM PERKHIDMATAN MESRA PELANGGAN’

Bandar Seri Begawan - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Institut Perkhidmatan Awam telah menganjurkan Majlis Pelancaran Program "Perkhidmatan Mesra Pelanggan" yang diadakan di Dewan Teater, Aras 1, Ibu Pejabat Jabatan Perdana Menteri pada hari Sabtu, 20 Mei 2017.


Tetamu kehormat pada majlis ini ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud yang juga Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 


Majlis ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, doa selamat dan seterusnya ucapan alu-aluan Yang Mulia Awang Aminuddin Bin Haji Buntar, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan Selaku Pengerusi Majlis. Sebelum perasmian pelancaran, tetamu kehormat majlis, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud, Pemangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga menyampaikan ucapan dan seterusnya menyaksikan tayangan video pelancaran. 



Majlis diteruskan dengan penyampaian taklimat daripada Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar dengan tajuk "Pemberian Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Awam: Visi, Masakini dan Strategi" dan taklimat daripada DST iaitu Yang Mulia Datin Hajah Umikalthum binti Haji Mat Daud, Penolong Pengurus Am, Perkhidmatan Pelanggan DST Communications Sdn Bhd bertajuk "Kes Kajian - Projek 3C".



Hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha - Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan  Setiausaha Tetap, Ketua-ketua agensi / jabatan dan Timbalan Pengarah masing-masing, Pegawai kanan, Penyelia Perkhidmatan Kaunter dan 40 agensi yang dikenalpasti sebagai agensi kerajaan yang sering berurusan dengan pelanggan.



Majlis ditutup dengan sketsa pentas "Perkhidmatan Pelanggan" oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Institut Perkhidmatan Awam yang menggambarkan keadaan pemberian perkhidmatan kaunter kepada pelanggan. 




Attachments