Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
24 MEI 2017 - SESI PERKONGSIAN KERTAS CADANGAN ACPA 2016

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Mei – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan Sesi Perkongsian Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) 2016 . 

Sesi perkongsian tersebut adalah bertujuan untuk mengongsikan beberapa kertas projek dan kertas cadangan yang telah dikenalpasti dan berpotensi untuk dapat dijadikan sebagai rujukan atau contoh yang boleh diaplikasikan sebagai inisiatif ataupun best practice di jabatan atau kementerian.

Kertas Cadangan yang bertajuk 'Wakaf Aplikasi "Usin Qu" Menjana Celik Kewangan Islam' telah dibentangkan oleh kumpulan Al Wafa dari Qistina Consultant, Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan UNISSA, Dayang Hajah Raeidyah  binti Haji Bujang, Pengarah, Dayangku Hajah Siti Khadijah binti Pengiran Ahmad, Konsultan dan Dayang Siti Aminah binti Haji Abdul Rahman, Konsultan. Kertas cadangan ini adalah merupakan cadangan bagi mencipta sebuah aplikasi berteknologi yang dikenali sebagai "Usin Qu" yang diharapkan dapat mempertingkatkan celik kewangan Islam dikalangan penduduk Negara ini khasnya dan masyarakat umum amnya.


Turut hadir semasa sesi perkongsian tersebut adalah wakil dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Pentadbiran di Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Majlis Ugama Islam Brunei bagi sama-sama mendengarkan sesi perkongsian berkenaan.



Attachments