Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
5HB OKTOBER 2017 - PENGLIBATAN JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN DALAM SAMBUTAN JUBLI EMAS
Bagi sesebuah negara yang beraja dan mempunyai kepimpinan memerintah negara lebih dari separuh kurun adalah satu peristiwa yang paling jarang sekali ditemui di dalam sejarah. Bagi Negara Brunei Darussalam, satu sejarah telah tercipta pada 5 Oktober 2017, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telahpun menyambut Jubli Emas sempena 50 tahun menaiki takhta.  Seluruh rakyat telahpun menyaksikan beberapa acara sempena Sambutan Jubli Emas Baginda.  Bukan sahaja rakyat, malahan tetamu-tetamu asing juga dijemput termasuklah Raja-Raja Melayu daripada negara jiran Malaysia, Ketua-Ketua Negara ASEAN serta tetamu-tetamu peribadi Baginda juga dijemput hadir. 

Pada acara tersebut, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) tidak ketinggalan mengikuti acara penuh gilang gemilang ini. Ini bermakna Warga MSD telah pun terlibat sama dalam Acara Mengibar Bendera Mengalu-alukan Perarakan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (KDYMM) Menaiki Takhta, Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan dibawahnya yang berbaris sepanjang Jalan Sultan Omar Ali Saifuddin.


Warga MSD bersama dengan peserta-peserta JPM dan jabatan-jabatan dibawahnya di kawasan mengibar bendera


Antara Warga MSD yang ikut serta mengibar bendera di zon 1

Dalam acara mengibar bendera bagi mengalu-alukan perarakan KDYMM, Jabatan Perdana Menteri telah pun melantik empat (4) jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan bagi menyelaras persiapan dan keperluan semasa acara diadakan. MSD telahpun dilantik selaku Jawatankuasa Penyediaan Jamuan yang terdiri 22 orang ahli untuk menyediakan jamuan bagi peserta dan ahli keluarga daripada Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan dibawahnya semasa acara tersebut bagi lebih kurang 2000 peserta. 



Jawatankuasa Jamuan bertugas ditempat pembahagian makanan bagi peserta-peserta dan ahli keluarga Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatah dibawahnya

Selain itu, majoriti pegawai-pegawai  kanan MSD telah dilantik selaku Pegawai Penghubung dan Pegawai Perantaraan untuk tetamu-tetamu khas KDYMM bagi Majlis Mengadap dan Majlis Persantapan Diraja yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu negara jiran Malaysia, Ketua-Ketua Negara ASEAN serta tetamu-tetamu peribadi KDYMM sepanjang keberadaan mereka di Brunei Darussalam.


Pemangku Pengarah MSD mengiringi Perdana Menteri Cambodia semasa Majlis Persantapan Diraja


Pegawai-pegawai MSD yang bertugas selaku Pegawai Penghubung dan Pegawai Perantaraan semasa Majlis Persantapan Diraja di Istana Nurul Iman 

Pengalaman sepanjang pengendalian dan penglibatan Warga MSD tersebut telah banyak memberi pengelaman yang berguna, yang setentunya pengelaman begini dapat dijadikan panduan dalam membuat keputusan dalam masa mendesak. Kepercayaan dan peluang yang diberikan kepada MSD adalah sangat dihargai
.


Attachments