Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
9 NOVEMBER 2017 - CERAMAH PERDANA, MAJLIS ILMU 2017

Bandar Seri Begawan, 09 November 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan sekali lagi dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk menjadi Setiausaha Bersama Jawatankuasa Kerja Ceramah Perdana, Majlis Ilmu pada tahun ini bersama dengan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Ugama. Ceramah ini adalah bersempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-71 tahun.  Majlis ini telah berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


Majlis Ilmu pada tahun ini diadakan bertepatan dengan suasana Negara Brunei Darussalam menyambut Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menaiki Takhta, dengan tema "Mensyukuri Kepimpinan Terutama Perkhidmatan Ugama Sepanjang 50 Tahun Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam".

 

Ceramah Perdana, Majlis Ilmu ini adalah kesinambungan daripada tema Majlis Ilmu 2017 yang mengetengahkan ceramah bertajuk "Pemerintahan Raja Shaleh Memelihara dan Menghormati Wanita" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustazah Dr Dayang Hajah Ummi Fa'izah Binti Haji Abdul Rahman, Pensyarah Pusat Penataran Ilmu & Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

 

MSD telah mula terlibat dalam pengendalian acara Ceramah Perdana, Majlis Ilmu ini bermula tahun 2013. Antara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada MSD pada tahun ini selain daripada Setiausaha Bersama ialah Urusetia Bersama, Protokol dan Pegawai Pengiring, Penyelaras Bahan Ceramah dan Pengurus Acara, yang melibatkan seramai 15 orang pegawai dan kakitangan jabatan ini. Sebelum acara kemuncak berlangsung, pelbagai persiapan telah rancak dilaksanakan termasuklah mengadakan sesi raptai pada 8 November 2017 jam 2.30 petang.


 

Pengerusi bagi Ceramah Perdana, Majlis Ilmu 2017 ini adalah Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Attachments