Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
07 DISEMBER 2017 - MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS WANITA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASALAM TAHUN 1439 HIJRAH

Bandar Seri Begawan, 07 Disember 2017 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan bersama Institut Perkhidmatan Awam telah dipertanggungjawabkan selaku Pengerusi Bersama Jawantankuasa Protokol dan Penyambut Tetamu bagi Majlis Perhimpunan Khas Wanita Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam 1439 Hijrah, di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Majlis ini juga telah dikendalikan bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jabatan Perdana Menteri dan Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam. Tujuan Majlis ini diadakan adalah bagi membesarkan Hari-Hari Kebesaran Islam yang membawa tema 'Rasulullah Qudwah Pemimpin Adil'. Ceramah Khas mengenai tema Sambutan Maulud pada tahun ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunung, Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah


Seramai 16 orang pegawai dan kakitangan jabatan ini terlibat dalam menjayakan Majlis ini sebagai Ahli Jawatankuasa Protokal dan Penyambut Tetamu. Sebelum majlis ini berlangsung, sesi raptai penuh telah diadakan pada 5 Disember 2017 pada jam 8.00 pagi.


Pengerusi Bersama bagi Majlis ini adalah Yang Mulia Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Haji Sharifuddin, Setiausaha Tetap Antarabangsa di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Datin Elinda binti Haji C.A Mohamed, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; Yang Mulia Dayang Hajijah binti Haji Moktal, Pemangku Pengarah Pengajian Islam di Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama; dan Yang Mulia Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Awang Mohammad Yusof, Yang Dipertua di Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam.

Attachments