Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
2 DISEMBER 2017 - AKTIVITI KEUGAMAAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1439/2017

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 2 Disember – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) seperti lazimnya telah turut serta bersama-sama rombongan daripada Jabatan Perdana Menteri dalam memeriahkan lagi perarakan bagi Sambutan Maulidur Rasul Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.


Rombongan JPM di Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien

 

Seramai 14 orang pegawai dan kakitangan jabatan turut serta dalam perarakan tersebut manakala 3 orang pegawai dan kakitangan jabatan telah terlibat sama sebagai pembaca dikir.


Rombongan MSD sebelum menuju ke Taman Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien

 

Selain terlibat dalam perarakan, MSD juga ada membuat beberapa aktiviti kebajikan bagi menyemarakkan lagi sambutan Maulidur Rasul ini. Antaranya ialah jabatan telahpun menghulurkan sedikit sumbangan makanan dan minuman ringan untuk diagih-agihkan sempena malam dikir di Balai Ibadah Kampung Mata-Mata.

 

Penyerahan sumbangan makanan dan minuman kepada Imam Balai Ibadah kampong Mata-mata

 

Selain itu juga, warga MSD telahpun menghulurkan sumbangan wakaf yang terdiri daripada perkakas eletrik, almari kabinet dan keperluan solat kepada Masjid Kampong Masin pada 4 Disember 2017.


Penyerahan barang wakaf kepada Imam Masji Kampong Masin

Attachments