Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
15 JANUARI 2019 - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN ISO 9001:2015 JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JANUARI 2019 - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan ISO 9001:2015 di Dewan Serbaguna, Bangunan Bahirah, Jabatan Audit. Terdahulu, MSD telah menerima pensijilan PBD ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti sebanyak dua (2) kali iaitu pada Mac 2012 dan Mac 2015. Pada tahun 2018, MSD telah menjalani sesi migrasi atau peralihan daripada PBD ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Mohd Royzarten Asym bin Haji Hashim, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar.   

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan adalah Yang Mulia Tuan Haji Roslan bin Haji Taja'ah, Setiausaha Tetap, Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri.  Berucap pada majlis tersebut, beliau antaranya menyatakan bahawa usaha untuk mendapatkan pengiktirafan ISO adalah merupakan usaha yang proaktif yang mendokong pencapaian salah satu daripada tiga belas (13) strategi Wawasan Brunei 2035 iaitu strategi pembangunan institusi, yang dihasratkan dapat meningkatkan kualiti pengurusan, pentadbiran dan kepimpinan (governance) di sektor awam dan perkhidmatan awam yang berkualiti tinggi dan prosedur kerajaan yang efisien.  Menurut beliau lagi, tidak ada jalan pintas untuk mencapai kecemerlangan selain dari dengan berusaha bersungguh-sungguh dan gemblingan tenaga serta peraduan pemikiran dan kebijaksanaan di semua lapisan warga perkhidmatan awam.  

 

Ucapan daripada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Haji Roslan bin Haji Taja'ah, Setiausaha Tetap, Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri (Kiri)

Ucapan daripada Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan (Kanan)


Sesi Penyampaian Sijil daripada Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Haji Roslan bin Haji Taja'ah, Setiausaha Tetap, Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam, Jabatan Perdana Menteri kepada Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan.


Turut hadir ialah Yang Mulia Juruaudit Agung, Yang Mulia Setiausaha Perkhidmatan Awam, pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perdana Menteri,  dan pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

Acara diakhiri dengan sesi perkongsian daripada Mr. Ram M. Desai, Certification Manager Bureau Veritas, Brunei Darussalam dimana beliau juga menyatakan bahawa pensijilan ISO ini dapat membantu MSD ke arah meningkatkan tahap profesionalisme selaku konsultan dalam bidang pengurusan bagi perkhidmatan awam di negara ini.

Seterusnya beliau juga berpendapat MSD berkebolehan untuk memberikan  khidmat konsultansi dalam penyediaan dokumen ISO 9001:2015 kepada agensi-agensi kerajaan yang lain. 

Sesi perkongsian daripada Mr. Ram M. Desai, Certification Manager Bureau Veritas

Objektif mengadakan persijilan dan peralihan peralihan ini adalah sebagai usaha berterusan jabatan untuk meningkatkan mutu dan prestasi kerja warga jabatan ke arah pencapaian visi dan misi jabatan. Di samping itu jua,  inisiatif ini juga dapat meningkatkan imej jabatan selaku konsultan dalaman dan luaran dalam bidang pengurusan yang sering berdepan dengan agensi-agensi kerajaan dan orang ramai.

Satu jawatankuasa khas yang dipanggil "ISO Migration Team" telah ditubuhkan pada November 2017 bagi membantu jabatan dalam membuat penilaian, penganalisaan dan penyediaan dokumen-dokumen yang diperlukan mengikut piawaian ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti.  Jawatankuasa ini berperanan dalam pengemaskinian dokumen didalam Quality Manual System (QMS) untuk pematuhan ISO 9001:2015.

Sesi bergambar ramai Tetamu Kehormat bersama dengan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Certification Manager Bureau Veritas, Ketua Bahagian dan ISO Team Migration


ISO Team migration bagi peralihan PBD ISO 9001:2008 kepada ISO 9001:2015

Sebelum penyediaan dokumen ISO9001:2015, MSD telah menjalani latihan dalaman iaitu Awareness Program for ISO 9001:2015 yang diadakan pada 29 dan 30 Januari 2018 dan Internal Quality Auditor Training pada 31 Januari sehingga 1 Februari 2018. Tujuan latihan seumpama ini adalah untuk mendapatkan first-hand information daripada konsultan yang mahir dalam ISO 9001, yang juga telah mendapat pengiktirafan selaku trainer ISO9001 yang berkebolehan dalam mengenalpasti, menilai dan menambahbaikan proses kerja dan kemahiran bagi menyampaikan sesuatu perkhidmatan. Selain itu, untuk memastikan dokumen ISO9001:2015 tersebut sesuai menurut piawaian dan keperluan yang telah ditetapkan.


Sesi bergambar ramai semasa kursus Internal Quality Auditor

MSD telah berjaya melaksanakan, penganalisaan, penilaian dan pengemaskinan dokumen yang terkandung dalam Quality Manual System (QMS) secara inhouse mengikut piawaian ISO 9001:2015 dengan penglibatan ahli ISO Migration Team dan juga pegawai dan kakitangan MSD.

Selesai dokumen ISO9001:2015, MSD telah menjalankan audit dalaman dan seterusnya menjalani Certification Audit fasa 1 pada 16 Oktober 2018 iaitu bagi melihat jika dokumen yang disediakan tersebut mematuhi piawaian dan keperluan ISO9001:2015. Certification Audit fasa 2 diadakan pada 21 November sehingga 22 November 2018.  Penilaian ini dijalankan oleh Bureau Veritas dan hasil daripada penilaian berkenaan, pihak jabatan telah berjaya mendapatkan pensijilan ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti.


Attachments