Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
22 JANUARI 2019 - PROGRAM LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT DATO SERI SETIA HAJI AWANG ABDUL MOKTI BIN HAJI MOHD DAUD, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Januari 2019 – Dalam usaha berterusan untuk meninjau dengan lebih dekat lagi perkembangan jabatan-jabatan dibawah Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud telah mengadakan lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini.

 


Dalam lawatan itu, Yang Berhormat Dato telahpun menyempurnakan pelancaran buku Perancangan Strategik Jabatan Perkhidmatan Pengurusan 2018/2019 - 2022/2023 iaitu sebagai panduan bagi warga Jabatan Perkhidmatan Pengurusan supaya lebih fokus dan terarah dalam melaksanakan peranan jabatan untuk mengukuhkan lagi khidmat konsultansi pengurusan yang berkualiti tinggi bagi mencapai kecemerlangan perkhidmatan awam yang digariskan dalam Dasar Kualiti jabatan.


Lawatan Yang Berhormat Dato diteruskan dengan lawatan ke Bahagian-Bahagian dibawah Jabatan Perkhidmatan Pengurusan iaitu Bahagian Korporat dan Ehwal Antarabangsa, Bahagian Prestasi Organisasi, Bahagian Penyampaian Perkhidmatan dan Bahagian Pembaharuan Perkhidmatan Awam. 




Akhirnya sekali, sesi bergambar ramai bersama Yang Berhormat Dato dengan pegawai dan kakitangan di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.


Attachments