Bandar Seri Begawan, 17 Jun 2019 – Kemeriahan suasana Syawal masih lagi dirasai oleh warga Perkhidmatan Awam negara ini dengan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di agensi-agensi kerajaan.
Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi yang telah diadakan di Dewan Bahirah.

Acara telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai dan seterusnya untuk memberkati majlis, doa selamat dibaca oleh Awang Abdul Hakim bin Mahali. Acara diteruskan dengan ucapan Yang Mulia Awang Aminuddin bin Haji Buntar, Pengarah Perkhidmatan Pengurusan
Acara kemuncak Sambutan Hari Raya MSD ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) bagi tahun 2019 yang telah dibahagikan kepada 3 kategori dan penerimanya seperti berikut:
Kategori A
(bagi pegawai di Bahagian II) :
Dayang Hajah Norhalizah binti Haji Serudin/Haji Sarudin,
Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kategori B
(bagi kakitangan di Bahagian III) :
Abdul Hakim bin Mahali
Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kategori C
(bagi kakitangan di Bahagian IV dan V) :
Awang Khairuddin bin Rosli
Kerani

Hadir bersama ialah Yang Mulia Dayang Hajah Siti Mariana binti Abdullah, Pemangku Timbalan Pengarah, Ketua-ketua bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan jabatan.
Acara sebegini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS), MSD bagi memeriahkan lagi sambutan aidilfitri dan sekaligus bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan warga jabatan.