Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

24 JULAI 2019 - PROGRAM PERTUKARAN PEGAWAI PENERANGAN REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bandar Seri Begawan, Rabu, 24 Julai 2019 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan telah dijemput oleh Jabatan Penerangan untuk memberikan sesi taklimat kepada lima (5) orang pegawai dari Republik Singapura yang mengikuti program Pertukaran Pegawai Penerangan (Information Officers' Exchange Program - IOEP) di Negara Brunei Darussalam dengan membawa tema 'Community Outreach'.


Semasa sesi tersebut, Yang Mulia Dayang Titty Dewana binti Abdullah, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan Kanan berkongsi secara ringkas visi, misi dan peranan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.  Manakala, Yang Mulia Awang Md. Royzarten Asym bin Haji Hashim, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan menyampaikan taklimat mengenai Pengendalian Aduan Orang Ramai.


Turut hadir semasa sesi berkenaan ialah Dayang Ruhil Amal Faridah binti Awang Yahya, Pemangku Pegawai Penerangan Kanan selaku Ketua Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Jabatan Penerangan dan Yang Mulia, Dayang Azlina binti Dato Paduka Haji Alidin, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan Kanan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.


Menurut Jabatan Penerangan, Program Pertukaran Pegawai Penerangan (Information Officers’ Exchange Program - IOEP) ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta bertukar-tukar pendapat dan percambahan fikiran selain mendapatkan maklumat dan berkongsi pengetahuan melalui pengalaman. Ianya juga memberi peluang untuk mempelajari amalan-amalan terbaik (best practices) dan memperkenalkan inisiatif kerajaan ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini. Tahun ini merupakan kali keempat program ini diadakan sejak diperkenalkan pada tahun 2016.


Gambar adalah ehsan daripada Jabatan Penerangan

Attachments