Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

3 NOVEMBER 2019 - RIADAH AMAL HARI PERKHIDMATAN AWAM 2019

Bandar Seri Begawan, 3 November 2019 – Acara Riadah Amal sempena sambutan Hari Perkhidmatan Awam kali ke-26 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Riadah amal itu bertujuan untuk memberi peluang kepada warga perkhidmatan awam dan orang ramai untuk beriadah sambil beramal serta mengamalkan budaya gaya hidup sihat di samping mengeratkan lagi silaturahim diantara pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam.

Acara pada pagi tersebut juga diisikan dengan pameran daripada 13 kementerian yang mempamerkan pelbagai perkhidmatan yang disediakan, aplikasi serta perkembangan terkini kementerian-kementerian. Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, bawah Jabatan Perdana Menteri adalah antara jabatan yang turut serta dalam memeriahkan acara tersebut.

Pada pameran tersebut, MSD telah mengongsikan maklumat serta mengetengahkan projek-projek yang dapat dijadikan amalan terbaik yang pernah menyertai Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) pada tahun-tahun sebelumnya dan Anugerah Inovasi Perdana (AIP) pada tahun ini. Projek-projek yang dipilih adalah khusus bagi projek-projek yang memfokuskan kepada penambahbaikan atau inovasi terhadap penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada orang ramai.

 

Gambar 1 : Antara pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang terlibat di dalam Pameran sempenah Riadah Perkhidmatan Awam bagi tahun 2019

Hadir selaku Tetamu kehormat pada acara tersebut adalah ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

 

Gambar 2: Antara pegawai di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan yang turut bergambar bersama Tetamu Kehormat dan menteri-menteri semasa lawatan ke pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

Attachments