Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
04 DISEMBER 2019 - MAJLIS PENGHARGAAN PANEL PENILAIAN DAN PEMILIHAN ANUGERAH INOVASI PERDANA (AIP) 2019

Bandar Seri Begawan, 4 Disember 2019 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) selaku Urusetia Anugerah Inovasi Perdana telah menganjurkan Majlis Penghargaan Panel Penilaian dan Pemilihan Anugerah Inovasi Perdana (AIP) 2019 bertempat di Emperor's Court, Tingkat 3, Hua Ho Manggis Mall. Majlis tersebut diadakan khusus bagi menghargai jasa dan sumbangan bakti ahli-ahli Panel Penilai dalam melaksanakan tugas berkaitan penilaian ke atas projek-projek AIP 2019 yang dipertandingkan.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surat Al-Fatihah oleh Yang Mulia, Awang Akramin bin Haji Awang Ash'ari, diikuti dengan ucapan penghargaan yang disampaikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku tetamu kehormat majlis. Antara lain ucapan Yang Berhormat Menteri menekankan mengenai peranan MSD dalam menyediakan rangka kerja yang lebih teratur termasuklah pemberigaan inovasi dalam Perkhidmatan Awam supaya Anugerah Inovasi Perdana ini mendapat tempat yang selayaknya baik di dalam mahupun di luar negeri. Beliau juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada Panel Penilaian dan Pemilihan AIP 2019 dan semua pihak yang terlibat atas sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam sama-sama menjayakan Anugerah Inovasi Perdana semasa sambutan kemuncak Hari Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam Kali Ke-26 pada 12 November 2019 yang lalu.

 

Attachments