Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM 1993 -2012


LATARBELAKANG

Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA) telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 dan diadakan setiap tahun sejak ia diperkenalkan. Pada tahun 1996, penyertaan bagi ACPA telah dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Penyampaian Perkhidmatan dan Kategori Kewangan. Bermula tahun 1998, ACPA mula diadakan setiap dua (2) tahun sekali.

RASIONAL

ACPA adalah salah satu strategi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mengetengahkan usaha-usaha penambahbaikan dan pembaharuan. Ia berperanan sebagai inisiatif untuk mempergiatkan lagi peranan sektor kerajaan sebagai penyedia kemudahan, pemudahcara, pengawalatur dan pelaksana dasar.

MATLAMAT

Salah satu usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mempertingkatkan lagi kecekapan dan keberkesanan Pentadbiran Awam Negara Brunei Darussalam.

OBJEKTIF

  • Membantu Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam mencapai objektif-objektif bagi rancangan-rancangan pembaharuan pentadbiran dengan lebih berkesan.
  • Memberi dorongan dan sebagai pengerak serta pengiktirafan rasmi kepada pegawai-pegawai dan kakitangan sama ada secara perseorangan ataupun berkumpulan/berpasukan untuk lebih memberikan sumbangan cemerlang bagi meningkatkan lagi prestasi, kualiti dan produktiviti organisasi masing-masing.
  • Menggalakkan persaingan yang sihat diantara pegawai-pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amalan pengurusan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
  • Mewujudkan kesedaran mengenai dengan prestasi, kualiti dan produktiviti dikalangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

FAEDAH

  • Peningkatan kecekapan dan  keberkesanan organisasi serta pegawai/ kakitangan
  • Peningkatan prestasi, kualiti dan produktiviti
  • Peningkatan kepuasan hati pelanggan
  • Peningkatan hasil pendapatan
  • Peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan
  • Penjimatan kewangan
  • Penjimatan masa dan tenaga kerja