Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksKaji Selidik Tumpuan Pelanggan Dalam Perkhidmatan Awam

 

option 1-2 

  • Pengenalan
  • Soalan Lazim | Frequently Asked Questions (FAQs)
  • Senarai agensi kerajaan yang terlibat 


PENGENALAN

  • Kaji selidik tahun kewangan 2017 - 2018 ini merupakan yang ke-9 diadakan. Dua (2) pendekatan telah digunakan sejak pelaksanaan kaji selidik ini iaitu secara manual dan juga secara online.  Pelaksanaan kaji selidik sebelumnya telah diadakan pada :
    • ke-1 pada 2002;
    • Ke-2 pada 2006;
    • Ke-3 pada 2011;
    • Ke-4 pada 2012 (secara online sahaja); 
    • Ke-5 & 6 pada 2013 dan 2014 (manual dan online);
    • Ke-7 pada 2015 
    • Ke-8 pada 2016 - 2017 (Tahun kewangan 2 April 2016 hingga 30 Mac 2017)

  • Objektif kaji selidik :
    • Mengetahui tahap kepuasan hati pelanggan;
    • Mengetahui tahap persepsi pelanggan terhadap kualiti pemberian perkhidmatan; dan
    • Mendapatkan pandangan / cadangan bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti dalam memberikan perkhidmatan.

  • Skop :
    • Melibatkan 34 agensi kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai (rujuk Senarai agensi kerajaan yang terlibat).

  • Metodologi :
    • Borang diedarkan oleh agensi masing-masing dan untuk diisikan oleh pelanggan agensi.

  • Tempoh pelaksanaan kaji selidik :
    • Kaji selidik ini akan dilaksanakan mengikut tahun kewangan. Bagi tahun kewangan 2016 - 2017, pelaksanaannya  mulai 01 Disember 2016 hingga 30 Mac 2017.
    • Bagi tahun kewangan 2017 - 2018, pelaksanaannya mulai 1 April 2017 hingga 30 Mac 2018.




SOALAN LAZIM | FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)


1 Berapakah jumlah responden yang dijangkakan?
MSD tidak menghadkan jumlah responden dan akan menerima sebanyak yang mungkin.
2 Bilakah borang-borang kaji selidik akan diedarkan kepada pelanggan jabatan?
Borang-borang tersebut diedarkan melalui focal person jabatan. Borang-borang tersebut telah mula diedarkan kepada pelanggan di agensi-agensi berkenaan mulai Disember 2016. 

3 Adakah agensi-agensi yang terlibat perlu mengumpul maklumbalas kaji selidik untuk dihadapkan ke MSD? 
Agensi akan mengumpul maklumbalas kaji selidik dan seterusnya maklumbalas yang telah diisi tersebut hendaklah di masukkan ke dalam template MS Excel KSTP. Template ini telah diedarkan kepada Pegawai Fokal KSTP setiap agensi mulai 13 Disember 2016 hingga 31 Januari 2017. Template ini telah direka untuk dapat menyediakan perkiraan tahap pencapaian kepuasan hati pelanggan.
4 Adakah pelanggan dibenarkan untuk mengisi / ikut serta dalam kaji selidik ini lebih dari sekali? 
Tiada had jumlah maklumbalas dari setiap pelanggan dan pelanggan dialu-alukan untuk memberikan maklumbalas / komen (jika berkenaan) terhadap perkhidmatan yang berlainan dari agensi yang sama ATAU terhadap agensi yang berlainan.
5 Apakah peranan petugas kaunter di agensi-agensi yang terlibat?
Menyebarluaskan maklumat serta pelaksanaan kaji selidik ini dan menggalakkan pelanggan mereka untuk ikut serta.
6 Berapa lama tempoh mengisi satu kaji selidik? 
Dianggarkan dalam 5 hingga 8 minit sahaja.
7 Bolehkah pelanggan mengisi / memberi maklumbalas terhadap agensi yang tidak tersenarai dalam senarai agensi yang terlibat?
Setakat ini untuk pelaksanaan KSTP 2017 - 2018, senarai agensi difokuskan kepada 34 agensi yang banyak berurusan dengan orang ramai dan serta fungsi utama agensi tersebut mempunyai kaitan dengan aktiviti ekonomi dan perniagaan. Walau bagaimanapun, jumlah 34 agensi ini tidak terhad dan akan ditambah untuk pelaksanaan KSTP seterus. 





SENARAI AGENSI KERAJAAN YANG TERLIBAT

Sejumlah 34 agensi kerajaan telah dipilih untuk kaji selidik ini.

JABATAN PERDANA MENTERI
1. Jabatan Peguam Negara
2. Jabatan Perancang dan Kemajuan Ekonomi
3. Jabatan Perkhidmatan Elektrik

KEMENTERIAN KEWANGAN
1. Jabatan Perbendaharaan
2. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
3. Registry of Companies and Business Names (RoCBN)

KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI 
1. Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan
2. Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria
3. Jabatan Bandaran Tutong
4. Jabatan Buruh
5. Jabatan Daerah Brunei dan Muara
6. Jabatan Daerah Belait
7. Jabatan Daerah Tutong
8. Jabatan Daerah Temburong
9. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan,

KEMENTERIAN PENDIDIKAN
1. Jabatan Peperiksaan
2. Bahagian Biasiswa, Kementerian Pendidikan

KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA
1. Jabatan Pertanian dan Agrimakanan 

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
1. Jabatan Urusan Haji
2. Jabatan Majlis Ugama Islam
3. Jabatan Hal Ehwal Syariah
4. Pusat Da'wah Islamiah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
1. Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembangunan (ABCi)
2. Jabatan Kemajuan Perumahan
3. Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya
4. Jabatan Perancang Bandar dan Desa
5. Jabatan Tanah
6. Jabatan Ukur

KEMENTERIAN KESIHATAN
1. Jabatan Perkhidmatan Farmasi

KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
1. Dewan Bahasa dan Pustaka,
2. Jabatan Belia dan Sukan,
3. Jabatan Pembangunan Masyarakat

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
1. Jabatam Pengangkutan Darat 
2. Jabatan Perkhidmatan Pos