Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH SAGUHATI KERTAS CADANGAN

​​​


KUMPULAN AL WAFA 

Tajuk​ Projek: “ WAKAF APLIKASI ‘USIN QU’ MENJANA CELIK KEWANGAN ISLAM ”


AHLI-AHLI 
  • Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani, Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan UNISSA
  • Dayang Hajah Raeidyah  binti Haji Bujang, Pengarah
  • Dayangku Hajah Siti Khadijah binti Pengiran Ahmad, Konsultan
  • Dayang Siti Aminah binti Haji Abdul Rahman, Konsultan
 
SINOPSIS 

Celik kewangan merupakan suatu perkara yang penting untuk setiap individu dalam sesebuah masyarakat. Celik kewangan akan mengajar setiap individu untuk menyimpan, mengurus hutang, dan berbelanja secara berhemah. Ianya juga dapat membantu menangani dan menghindari seseorang daripada terjerumus dalam kancah kemiskinan, keberhutangan, jatuh muflis, dan sebagainya. Malah, menurut kajian di Negara Brunei Darussalam terdapat sebilangan besar masyarakat yang mengambil remeh mengenai perkara ini. Ini dapat dilihat daripada statistik dan data yang diperolehi. Kertas cadangan ini dihasilkan bagi memperkenalkan satu inisiatif baru iaitu inovasi aplikasi teknologi baru yang diberi nama “Usin Qu” yang memberikan fokus utama meningkatkan celik kewangan Islam di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam.  

Celik kewangan dari aspek Islam dipilih – sebagai fokus utama aplikasi ini diwujudkan – kerana ianya bertepatan dengan falsafah negara “Mealyu Islam Beraja” (MIB) di mana Islam dijadikan sebagai cara hidup dan pendasar utama dalam setiap perancangan yang dibuat di dalam negara. Di samping itu, ia juga bertepatan dengan aspirasi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai hub kewangan Islam yang unggul. 

Tambahan itu, celik kewangan Islam juga berperanan penting dalam membantu negara untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Sumbangan idea yang disampaikan kepada masyarakat (yang beragama Islam ataupun bukan) melalui aplikasi ini dibentuk berasaskan konsep “wakaf ilmu” (harta intelek) iaitu selaras dengan saranan sebuah Hadith Sahih daripada Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam yang menjelaskan tentang kelebihan sedekah jariah dan ilmu yang dimanfaatkan.


OBJEKTIF CADANGAN

Mencipta sebuah aplikasi berteknologi dikenali sebagai Aplikasi “Usin Qu” yang berobjektifkan;
  • Mempertingkat celik kewangan Islam di kalangan penduduk Negara Brunei Darussalam khasnya dan masyarakat universal amnya sama ada pengguna Islam atau yang bukan Islam.
  • Memperkenalkan satu inisiatif baru dalam bidang kewangan Islam (wakaf ilmu) melalui inovasi aplikasi teknologi terkini yang menyumbang kepada tujuan tersebut.
  • Memberi laluan kepada orang awam untuk memudahkan urusan dengan pihak Kerajaan.
  • Sebagai inisiatif yang progresif membantu pihak kerajaan mencapai Wawasan Brunei 2035 dan merealisasikan aspirasi Negara Brunei Darussalam menjadi hub kewangan Islam. 




KUMPULAN AMI ( ASSET MANAGEMENT INITIATIVES)

Tajuk​ Projek: “MENINGKATKAN TATACARA BAGI PENGHAPUSAN BARANGAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL

Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan

AHLI-AHLI 
  • Dayang Dr Rohaniyati Binti POKSDSP Hj Md Salleh, Pemangku Pengarah Mekanikal Dan Elektrikal
  • Awang Abdullah Bin Haji Najib, Pemangku Penolong Pengarah Mekanikal dan Elektrikal
  • Awang Midon Bin Haji Yassin / Haji Matyassin, Ketua Pembantu Teknik
  • Awang Haji Narudin Bin Ahad, Pembantu Teknik Kanan
  • Awang Muhammad Sufian Bin Abdullah Jabing @ Sujib Sophian, Pembantu Teknik Kanan
  • Awang Ahmad Radhi Bin Haji Mohd Suot, Penyelia Pejabat
  • Awang Norizal Bin Awang Haji Masri, Pembantu Teknik
  • Awang Mazalan Bin Ahmad, Pembantu Teknik
  • Awang Abdullah Sani Bin Haji Othman, Pegawai Tingkat I
  • Ampuan Noorhimmah Irawati binti Ampuan Ibrahim, Pengawas Tingkat I

SINOPSIS 

Jabatan Mekanikal dan Elektrikal (DME), Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diamanahkan untuk melaksanakan pengendalian penghapusan hartabenda Kerajaan bagi ‘Non-Consumable items’ Mekanikal dan Elektrikal yang berinventori yang telah usang dan tidak digunakan dan juga membuat Laporan Pemeriksaan Teknikal (TIR) bagi perkakas, peralatan dan aset Mekanikal dan Elektrikal Kerajaan seperti yang tercatit didalam Peraturan-Peraturan Kewangan 1983 (Bab 301, 304 dan 305).

Kertas cadangan ini akan meneliti dan mengenal pasti kekurangan keberkesanan proses perlaksaanaan masakini dalam mentadbir pengurusan proses penghapusan hartabenda Kerajaan, perlaksanaan TIR, pengendalian hartabenda yang dihapuskan dan hasil serta manfaat proses dan pengendalian penghapusan hartabenda Kerajaan.  Isu-isu yang dikenal pasti ialah pengambilan masa penghapusan yang mengambil masa yang panjang, menggunakan tenaga manusia yang berlebihan, penyimpanan barang yang tidak selamat, kos penyelanggaraan yang tinggi, hasil yang kurang bermanfaat dan pencemaran alam sekitar.  Analisis bagi masalah isu-isu dilaksanakan dengan kaedah ‘cost benefit analysis’ dan pengenalpastian punca isu ‘root-cause' telah dikenal pasti dimana melibatkan proses dalam melaksanakan penghapusan hartabenda, permohonan, melaksanakan TIR.  

Hasil daripada analisa ini memberikan beberapa cadangan dalam perlaksanaan proses dan pengendalian pelaksanaan penghapusan hartabenda yang lebih progresif dan bermanfaat menuju ke arah social, ekonomi, teknologi, sekuriti dan alam sekitar dalam menuju Visi Jabatan dan Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035.  Cadangan ini akan mewujudkan penjimatan masa, penggunaan tenaga manusia yang lebih efisien, kutipan hasil yang meningkat, pengurusan yang lebih cekap, kos penyelenggaraan yang rendah, pengawalan hartabenda yang lebih sempurna serta dapat menyumbang kepada pekerjaan, menyediakan teknologi asas dan penjagaan alam sekitar yang tidak tercemar.


OBJEKTIF CADANGAN

  • Meneliti proses perlaksanaan penghapusan dan mengenal pasti kekurangan dan kelambatan proses penghapusan bagi meningkatkan pengendaliannya;
  • Mengemaskinikan pengendalian barang-barang penghapusan yang mempunyai nilai hasil yang lebih bermanfaat kepada ekonomi;
  • Menjimatkan perbelanjaan dalam proses perlaksanaan dan penyelanggaraan bagi penggendalian barang-barang penghapusan;
  • Menjimatkan masa bagi perlaksanaan proses penghapusan hartabenda;
  • Mengemaskinikan sistem pengurusan penghapusan hartabenda dan aset yang lebih progresif dan selaras dengan perkembangan teknologi; 
  • Memastikan sistem pengurusan hartabenda dan aset yang tidak tercemar (impak kepada alam sekitar)




​KUMPULAN UMMUL ANNISA​

Tajuk​ Projek​: “ MENAIK TARAF MUTU PERKHIDMATAN KAUNTER PERJUMPAAN BERJADUAL SECARA ATAS TALIAN ”

Universiti Teknologi Brunei
Kementerian Pendidikan

AHLI-AHLI 
  • Dayang Dr  Wida Susanty binti Haji Suhaili, Pensyarah Kanan
  • Dayang Nor Huraizah binti Haji Mohd Tahir, Penuntut


SINOPSIS 

Peranan perkhidmatan kaunter perjumpaan adalah amat penting bagi di Jabatan Kerajaan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai sebagai pelanggan di kaunter. Perkhidmatan kaunter perjumpaan juga merupakan perkhidmatan barisan permulaan dan telah menjadi lumrah bagi setiap jabatan memberikan layanan kepada orang ramai dalam membuat sebarang urusan harian sesuai dengan fungsi setiap jabatan.

Bagi orang ramai kualiti perkhidmatan kaunter perjumpaan adalah gambaran awal tentang imej sesebuah Jabatan Kerajaan. Jika kualiti perkhidmatan kaunter perjumpaan  kurang memuaskan boleh menjejaskan imej Jabatan Kerajaan secara khusus  serta perkhidmatan awan secara am.Dari segi sudut masa perkhidmatan kaunter perjumpaan bagi perjumpaan bersama orang ramai perlu diambil kira dengan menyediakan tempahan perjumpaan secara ‘real-time’ bagi meningkatkan integriti Perkhidmatan Awam dan memberikan kepuasan hati pelanggan serta dapat memenuhi expektasi mereka.

Kertas cadangan ini disediakan sebagai satu langkah bagi mencadangkan Jabatan Kerajaan yang mempunyai perkhidmatan kaunter perjumpaan untuk memberikan perkhidmatan kaunter perjumpaan secara atas talian bagi memuaskan hati pelanggan dan seterusnya mewujudkan perkhidmatan kaunter perjumpaan yang berkualiti. Disamping itu memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen dan mesra pelanggan.  Untuk memperbaiki dan seterusnya mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam agar ianya lebih mantap dan fleksibel. Disamping itu juga, ianya diharap akan dapat menjadikan sebuah organisasi itu lebih efisen, terarah dan terancang. 


OBJEKTIF CADANGAN

  • Menjadikan tempahan masa perkhidmatan kaunter perjumpaan atas talian sebagai satu langkah untuk mengurangkan barisan yang panjang bagi para pelanggan.
  • Memberi kemudahan kepada para orang ramai dengan memilih masa untuk perkhidmatan kaunter perjumpaan yang bersesuaian dengan masa mereka supaya pelanggan tidak tergesa-gesa ke sesebuah Jabatan
  • Penyediaan masa tempahan perkhidmatan kaunter perjumpaan atas talian dengan ‘Real-Time’ dapat memudahankan Jabatan Kerajaan memantau jumlah penerimaan pelanggan untuk menangani barisan yang panjang dan menangani unsur-unsur rasuah dan ketidak puasan pelanggan.
  • Memberikan waktu dan masa kepada pelanggan yang berurusan sentiasa selesa seperti ruang masa berurusan tidak mengganggu masa waktu bertugas pelanggan.
  • Menyenggelarakan urusan pelanggan secara berjadual di waktu operasi yang mana penyediaan jadual urusan secara “on-line” bagi mengelakkan “potong jalan orang” dan mengelakkan rasuah
  • Mengurangakan kos pembelian kertas, toner dan mesin pencetak supaya perancangan perbelanjaan lebih berhemat demi menjana pertumbuhan ekonomi untuk mengelakkan pembaziran.