Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Bengkel Manual Prosedur Kerja dan Tekad Pemedulian Orang Ramai selama dua (2) hari, pada hari Khamis, 05hb. Februari 2026 dan hari Sabtu, 07hb. Februari 2026 di Dar-Intishar (Bunglow 2), Kompleks Sukan Jerudong untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.
Bengkel berkenaan bertujuan untuk membimbing, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman serta memberikan pendedahan kepada peserta ke arah pelaksanaan TPOR yang sebenar, yang juga ada kaitannya dengan penyediaan MPK, pengendalian aduan dan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai yang lebih teratur. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil yang disampaikan oleh Awang Awang Mohamad Iskandar bin Haji Idris, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan kepada fasilitator MSD Yang Mulia Awang Haji Amirudin bin Haji Suhai, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Dayang Siti Hafshah binti Haji Yussof, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dan peserta bengkel JBS.




