Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

25 APRIL 2022 - MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QUR’AN DAN SUMBANGAN DERMA SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI BAGI JABATAN PERDANA MENTERI DAN JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA BAGI TAHUN 1443H/2022M

​Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an dan Sumbangan Derma Sempena Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1443 / 2022 di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini dikendalikan bersama Bahagian Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan. 

Tetamu kehormat majlis adalah Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri; dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Mulia Awang Mohammad Izzuddin bin Awang Zaman, diikuti dengan sesi ceramah bertajuk 'Al-Qur'an dan Perkhidmatan Awam dalam Era Industri Revolusi 4.0' yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pegawai Ugama Kanan, Pusat Da'wah Islamiah dan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai. 


Tetamu kehormat kemudiannya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 37 warga Jabatan Perdana Menteri dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat. 


 


Attachments