Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

30 MEI 2022 - SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MSD 2022

Bandar Seri Begawan, Isnin, 30 Mei 2022 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri  pada 29 Syawal 1443 bersamaan 30 Mei 2022 yang diungkayahkan oleh Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS), MSD.

Berikutan dengan pematuhan saranan Kementerian Kesihatan dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19, maka majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya dengan sambutan yang bersederhana menggunakan aplikasi Zoom yang disalurkan kepada pegawai dan kakitangan di setiap bahagian masing-masing secara langsung. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Yang Mulia Abdul Rahim bin Haji Ali, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan dan diikuti ucapan Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff.


Pengarah menyampaikan ucapan melalui aplikasi Zoom


Majlis turut dihadiri oleh Pemangku Timbalan Pengarah,

Dayang Azlina binti Dato Paduka Haji Alidin bersama Ketua-Ketua Bahagian dan Unit

Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) MSD bagi tahun 2022 kepada tiga (3) penerima :

  1. Kumpulan A  (Pegawai Bahagian II) : Yang Mulia Dayang Hamizah binti Hidup, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

  2. Kumpulan B (Pegawai Bahagian III) : Yang Mulia Dayang Siti Hafshah binti Yussof, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

  3. Kumpulan C (Kakitangan Bahagian IV & V) : Yang Mulia Awang Hamjah bin Haji Ludin @ Zulkernain, Pembantu Pejabat.


Kumpulan A (Bahagian II)

Dayang Hamizah binti Hidup, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan


Kumpulan B (Pegawai Bahagian III)

Dayang Siti Hafshah binti Yussof, Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan


Kumpulan C (Kakitangan Bahagian IV & V)

Awang Hamjah bin Haji Ludin @ Zulkernain, Pembantu Pejabat


Sesi Bergambar Penerima APT bersama Pengarah MSD

Bagi memberkati majlis, bacaan Doa Selamat disampaikan oleh Yang Mulia Abdul Rahim bin Haji Ali dan seterusnya Pengarah membuat kunjungan ke bahagian-bahagian bagi menilai pertandingan dekorasi terbaik tahun ini sambil beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan di jabatan ini.

Kemuncak majlis adalah pengumuman pemenang bagi pertandingan dekorasi terbaik yang disampaikan oleh Yang Mulia Pengarah, dimenangi oleh Bahagian Korporat dan Ehwal Antarabangsa (BKEA).

Sesi bergambar Pengarah bersama beberapa pegawai dan kakitangan MSD


Pemenang pertandingan dekorasi bahagian, Bahagian Korporat dan Ehwal Antarabangsa


Attachments