Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

19 NOVEMBER 2022 - MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PENGIKTIRAFAN PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG

​Jabatan Perdana Menteri, 19 November 2022 – Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan 3PSA Sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29 Tahun 2022 kepada empat [4] agensi kerajaan yang telah memperolehi tahap pencapaian tiga [3] bintang dan ke atas telah disampaikan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Empat [4] agensi kerajaan tersebut telah melalui Penilaian 3PSA yang dilaksanakan masing-masing pada Tahun Kewangan 2019/2020; 2020/2021; dan 2021/2022 dengan tahap pencapaian berikut:

Empat [4] bintang [tahap Sangat Baik

  • Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan

Tiga [3] bintang [tahap Baik]

  • ​Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan
  • Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri; dan
  • Bahagian Pendaftaran Syarikat-Syarikat dan Nama-Nama Perniagaan, Kementerian Kewangan dan Ekonomi

3PSA merupakan inisiatif berterusan Jabatan Perdana Menteri khususnya Jabatan Perkhidmatan Pengurusan [MSD] pada menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Perkhidmatan Awam ke-21 pada tahun 2014.

Sebanyak 43 agensi kerajaan yang banyak berurusan dengan orang ramai telah dinilai melalui 3PSA sejak program 3PSA dilancarkan pada tahun 2015. Dengan penilaian 3PSA dapat menggalakkan agensi-agensi kerajaan untuk melaksanakan usaha-usaha pembaharuan dan pembaikan yang dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai. Melalui 3PSA juga, diharap akan dapat membantu agensi-agensi kerajaan menuju ke arah kecemerlangan Perkhidmatan Awam.

 

Gambar ramai agensi-agensi kerajaan yang menerima Sijil Pengiktirafan 3PSA bersama Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ​



​Gambar Pengarah Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan menerima Sijil Pengiktirafan 3PSA daripada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

​​

Gambar Pemangku Juruukur Agung, Kementerian Pembangunan menerima Sijil Pengiktirafan 3PSA daripada Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Attachments