Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

18 MEI 2023 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023

​18 Mei 2023 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi yang telah diadakan di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

Acara majlis telah dimulakan dengan sesi bergambar ramai  diikuti dengan ucapan dari Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Pengiran Mohammad Khiruddin bin Pengiran Haji Yusoff dan diteruskan dengan bacaan doa selamat. 



Pengarah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilftiri


Sesi bergambar ramai bersama warga Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

Manakala acara kemuncak ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) bagi tahun 2023 yang dibahagikan kepada 3 kumpulan dan pemenangnya seperti berikut:


Kumpulan A (bagi pegawai di Bahagian II) :
Dayang Noor Dina binti Mohd Zamzam,
Pegawai Perkhidmatan Pengurusan


Kumpulan B (bagi kakitangan di Bahagian III) :
Dayang Ria Hilmi Marani binti Haji Nasir,
Penolong Pegawai Perkhidmatan Pengurusan


Kumpulan C (bagi kakitangan di Bahagian IV dan V) :
Mohammad Aisamuddin bin Mohd Salleh




Attachments