Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

31 OKTOBER 2023 - PENGURNIAAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BAGI PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-30, TAHUN 2023
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKTOBER 2023 – Majlis Kemuncak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam [HPA] Ke-30 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan  sambutan HPA pada tahun telah memperkenalkan tema baharu iaitu 'Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara'.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis tersebut dan berkenan mengurniakan sijil pengiktirafan kepada Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang telah memperolehi tahap pencapaian tiga (3) bintang iaitu di tahap Baik melalui Penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang yang telah dinilai pada Tahun Kewangan 2022/2023.​

Baginda juga dijunjung untuk menyaksikan Galeri Pameran Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) dan seterusnya menandatangani lembaran kenangan keberangkatan di Galeri Pameran MSD.

Antara lain perisian pameran adalah mempamerkan Anugerah-Anugerah Perkhidmatan Awam dan salah satunya adalah penganugerahan 3PSA. Galeri Pameran MSD juga turut mempamerkan pencapaian serta amalan terbaik yang dipraktikan oleh Jabatan Perkhidmatan Makmal, dimana jabatan berkenaan telah dianugerahkan empat (4) bintang iaitu di tahap Sangat Baik semasa sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 pada tahun 2022.


KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Penganugerahan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) kepada Yang Mulia Doktor Marsita Binti Omar, Pengarah Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Pembangunan. – Gambar daripada Jabatan Penerangan.


KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan menyaksikan Pameran 3PSA. - Gambar daripada Jabatan Penerangan.


KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan dijunjung bergambar ramai bersama para penerima-penerima anugerah. - Gambar daripada Jabatan Penerangan.​

Attachments