Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, 08 Mei 2024 – Pada tahun ini, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) sekali lagi meneruskan pemberian penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan MSD yang telah menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang melalui pemberian Anugerah Pekerja Terbaik (APT). Penyampaian APT tersebut telah diadakan sempena meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 1445H / 2024M di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.
APT adalah sebagai platform MSD yang bertujuan untuk menghargai pegawai dan kakitangan, serta mengiktiraf usaha, sumbangan, dedikasi dan komitmen luar biasa mereka terhadap setiap tugasan yang diberikan mengikut bidang masing-masing.
Anugerah ini dibahagikan kepada 3 Kumpulan iaitu Kumpulan A bagi pegawai dalam Bahagian II, Kumpulan B bagi pegawai dari Bahagian III. Manakala, Kumpulan C bagi kakitangan dalam Bahagian IV dan V.
Penerima APT dinilai berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan, antaranya dari segi prestasi kerja, dimana penerima telah menunjukkan kecemerlangan dalam melaksanakan tugasan serta memberi komitmen penuh terhadap tugas utama dan juga kerja-kerja di luar bidang jawatan yang disandang termasuklah aktiviti-aktiviti jabtan yang diadakan diluar waktu bekerja.
Di samping itu, penilaian APT juga mengambil kira perwatakan mereka yang amanah, jujur, bertanggungjawab serta boleh dipercayai dalam menjalankan dan menyelesaikan tugasan mereka. Mereka ini juga telah menerapkan dan berpegang teguh kepada nilai-nilai utama MSD iaitu Integriti, Kualiti, Pemacu Perubahan dan Pemedulian.
Pada tahun ini, tiga (3) orang pegawai dan kakitangan jabatan ini telah menerima Anugerah Pekerja Terbaik (APT), seperti berikut:-
Kumpulan A (bagi pegawai Bahagian II) :
Awang Akramin bin Awang Haji Ash'ari
Pegawai Perkhidmatan Pengurusan

Kumpulan B (bagi kakitangan Bahagian III) :
Dayang Siti Haimah @ Syukriah binti Haji A. Othman
Kerani Sulit

Kumpulan C (bagi kakitangan Bahagian IV dan V) :
Dayang Mariani binti Julaihi
Kerani
