30 SEPTEMBER 2024 - PENGURNIAAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BAGI PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-31, TAHUN 2024 | BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPTEMBER 2024 – Majlis Kemuncak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam [HPA] Ke-31 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan sambutan HPA pada tahun ini mengekalkan tema 'Keberdayatahanan dan Perpaduan Perkhidmatan Awam Pemangkin Kesejahteraan Negara'.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan bergambar ramai bersama para penerima-penerima anugerah. Gambar daripada Jabatan Penerangan.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan sijil pengiktirafan Penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada dua (2) agensi kerajaan yang telah memperolehi tahap pencapaian tiga (3) bintang dan ke atas melalui penilaian 3PSA yang telah dilaksanakan pada Tahun Kewangan 2023/2024 Dua (2) agensi kerajaan tersebut adalah:Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri; dan Jabatan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan
Pengiktirafan bagi dua (2) agensi berkenaan merupakan pengiktirafan kali kedua yangmana Jabatan Perkhidmatan Farmasi telah pertama kali dianugerahkan 3PSA pada Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Tahun 2018. Manakala Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dianugerahkan pada tahun 2019. Sejak pelaksanaan 3PSA pada tahun kewangan 2016/2017, sebanyak 48 agensi telah dilaksanakan penilaian 3PSA termasuk 21 agensi dilaksanakan penilaian susulan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Penganugerahan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) kepada Yang Mulia Dayang Sufinah Binti Haji Serudin, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri.Gambar daripada Jabatan Penerangan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Penganugerahan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) kepada Yang Mulia Dayang Hajah Zanatul 'Aini Binti Haji Zainin / Haji Jinin, Pengarah Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan. Gambar daripada Jabatan Penerangan.
3PSA merupakan sistem penilaian yang dihasratkan akan dapat memberikan pengiktirafan atau penghargaan (melalui penarafan bintang) kepada agensi kerajaan yang telah berusaha ke arah peningkatan kecekapan, keberkesanan, prestasi, produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui 3PSA juga, prestasi agensi-agensi kerajaan khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya dapat dinilai dan diukur yang setentunya akan dapat membantu dalam mencapai matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu Kehidupan Rakyat yang Berkualiti Tinggi Melalui Pemberian Perkhidmatan yang Cemerlang.
| Attachments |
|
|