Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

26 APRIL 2025 - MSD ADAKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA TERBAIK MSD 2025

Bandar Seri Begawan, 26hb. April 2025 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1446 Hijrah / 2025 Masihi, salah satu acara tahunan di bawah kendalian Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan MSD.   Majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim sesama warga Jabatan, bahkan juga menjadi wadah untuk menyemai semangat perpaduan dan menyampaikan penghargaan kepada pegawai dan kakitangan atas sumbangan mereka.

 

Atur cara majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai, diikuti dengan bacaan doa selamat, ucapan Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Pengiran Mohammad Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohammad Kassim, dan seterusnya menikmati jamuan sambil diserikan dengan persembahan.



Pemangku Pengarah menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri



Sesi bergambar ramai bersama warga Jabatan Perkhidmatan Pengurusan

 

Sebagaimana lazimnya, salah satu acara kemuncak majlis ini ialah Penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik (APT) MSD bagi tahun 2025, sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada pegawai serta kakitangan yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang, komitmen tinggi, dan sikap positif dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

 

Penerima APT dinilai berdasarkan beberapa kriteria termasuk prestasi kerja, kesungguhan dalam melaksanakan tugas utama, kesediaan membantu di luar skop jawatan, serta keperibadian yang amanah, jujur, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. APT juga menilai sejauh mana penerima menerapkan nilai-nilai utama MSD, iaitu Integriti, Kualiti, Pemacu Perubahan dan Pemedulian.

 

Anugerah ini terbahagi kepada tiga kategori, iaitu Kumpulan A bagi pegawai dalam Bahagian II, Kumpulan B bagi pegawai dari Bahagian III, dan Kumpulan C bagi kakitangan dalam Bahagian IV dan V.

 

Bagi tahun ini, seramai tiga orang warga MSD telah menerima APT, iaitu Awang Haji Abdul Rahim bin Awang Haji Ali bagi Kumpulan A, Dayang Norizzah binti Saugi, Penolong Pentadbir bagi Kumpulan B, dan Dayang Norzimah binti Naruddin bagi Kumpulan C.


Kumpulan A (bagi pegawai Bahagian II) :

Awang Haji Abdul Rahim bin Awang Haji Ali

Pegawai Perkhidmatan Pengurusan



Kumpulan B (bagi pegawai Bahagian III) :

Dayang Norizzah binti Saugi

Penolong Pentadbir



Kumpulan C (bagi kakitangan Bahagian IV dan V) :

Dayang Norzimah binti Naruddin

Kerani



Penganugerahan ini menjadi antara highlight penting MSD setiap tahun kerana pengiktirafan ini akan menjadi insentif yang setentunya akan meningkatkan lagi motivasi para pegawai dan kakitangan untuk menghasilkan kualiti kerja yang lebih cemerlang. Usaha ini juga selaras dengan aspirasi jabatan untuk menyokong pelaksanaan Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) melalui Penarafan Bintang, yang antara lain menilai amalan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga jabatan.

 

MSD percaya bahawa usaha berterusan dalam mengiktiraf sumbangan pegawai dan kakitangan merupakan antara langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang positif, progresif dan berdaya saing di sektor awam.


Attachments