| 29 SEPTEMBER 2025 - PENGURNIAAN SIJIL PENGIKTIRAFAN BAGI PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM [3PSA] MELALUI PENARAFAN BINTANG SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM KE-32, TAHUN 2025 | BANDAR SERI BEGAWAN, 29HB. SEPTEMBER 2025 – Majlis Kemuncak Sambutan Hari Perkhidmatan Awam [HPA] Ke-32 telah diadakan di Dewan Plenary, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dan salah satu kemuncak sambutan berkenaan adalah pengurniaan sijil pengiktirafan Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada agensi yang telah dinilai bagi Tahun Kewangan 2024/2025 dan mencapai prestasi tiga dan empat bintang iaitu di tahap “Baik” dan Sangat Baik”.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan sijil pengiktirafan kepada empat agensi kerajaan yang telah memperolehi pencapaian di tahap tiga dan empat bintang di dalam Program Penilaian Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang bagi Tahun Kewangan 2024/2025.
Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah diiktiraf mencapai empat (4) bintang di tahap ‘Sangat Baik’. Manakala tiga agensi yang telah diiktiraf mencapai tiga bintang (Baik) adalah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi; Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; dan Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan. Sepuluh (10) agensi telah dinilai pada Tahun Kewangan 2024/2025 merupakan penilaian susulan dan pengurniaan sijil pengkitirafan ini selaras dengan pendekatan 3PSA yang berunsur penambahbaikan (developmental) membuktikan usaha berterusan agensi kerajaan dalam menambahbaik dan meningkatkan prestasi serta kualiti perkhidmatan ke arah mengukuhkan lagi kesejahteraan awam.
Program 3PSA merupakan sistem penilaian yang dihasratkan akan dapat memberikan pengiktirafan atau penghargaan melalui penarafan bintang kepada agensi kerajaan yang telah berusaha memperkukuhkan akauntabiliti dan memupuk budaya penambahbaikan berterusan dalam prestasi organisasi, produktiviti, dan kualiti penyampaian perkhidmatan. Melalui Program 3PSA ini juga, prestasi agensi-agensi kerajaan khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya dapat dinilai dan diukur yang setentunya akan dapat membantu dalam mencapai merealisasikan matlamat kedua Wawasan Brunei 2035 iaitu Kehidupan Rakyat yang Berkualiti Tinggi Melalui Pemberian Perkhidmatan yang Cemerlang.
KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Sijil Pengiktirafan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada Yang Mulia Awang Arifpin bin Haji Bujang, Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri– Gambar daripada Jabatan Penerangan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Sijil Pengiktirafan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada Yang Mulia Awang Muhammad Azizil Hakim bin Haji Brahim, Pemangku Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Kewangan dan Ekonomi– Gambar daripada Jabatan Penerangan.
 KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Sijil Pengiktirafan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada Yang Mulia Dr. Awang Rosdi bin Haji Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pos Agung, Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi
– Gambar daripada Jabatan Penerangan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan Sijil Pengiktirafan Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang kepada Yang Mulia Dayang Hajah Wanidawati binti Haji Tamat, Pemangku Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan– Gambar daripada Jabatan Penerangan.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan bergambar ramai bersama para penerima-penerima anugerah.
| | Attachments |
|
|