| 05 FEBRUARI 2026 - BENGKEL (IN-HOUSE) INTEGRATING AI TOOLS WITH MICROSOFT EXCEL | 05 Februari 2026 - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan telah menganjurkan Bengkel Integrating AI Tools with Microsoft Excel selama dua (2) hari bermula 4hb. hingga 5hb. Februari 2026. Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendekatan praktikal kepada para pegawai Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, khususnya melalui pemanfaatan teknologi Artificial Intelligence (AI) bagi menyokong pengurusan data, analisis, pelaporan dan visualisasi maklumat secara lebih cekap dan berkesan. Fokus bengkel adalah kepada aplikasi sebenar tugasan MSD, khususnya dalam memperkukuh penyediaan input berasaskan data bagi menyokong proses membuat keputusan pengurusan serta usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan, selaras dengan fungsi Jabatan dalam aspek pengurusan, pemantauan prestasi dan sokongan kepada pelaksanaan inisiatif perkhidmatan awam.
Turut hadir Pengiran Mohd. Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd. Kassim, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.



| | Attachments |
|
|