Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

26HB JANUARI 2026 - BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN 2026

26hb. Januari 2026 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang selama lima (5) hari iaitu pada hari Isnin, 26hb. Januari 2026 hingga hari Khamis, 29hb Januari 2026 dan  hari Isnin, 02hb. Februari 2026 bertempat di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri.


Bengkel 3PSA pada tahun ini telah disertai oleh lapan (8) jabatan kerajaan. Disepanjang bengkel, setiap jabatan diberikan pendedahan menyeluruh mengenai konsep 3PSA, kaedah penilaian serta tatacara melaksanakan Penilaian Kendiri (Self-Assessment) 3PSA dengan menggunakan kaedah yang disediakan oleh MSD. Susulan daripada bengkel ini, setiap jabatan diperlukan untuk melaksanakan Self-Assessment 3PSA di jabatan masing-masing. 


Pelaksanaan Self-Assessment 3PSA bertujuan untuk mengenal pasti perkara-perkara yang memerlukan penambahbaikan dalam pentadbiran / pengurusan jabatan masing-masing. Selain itu dapat membantu jabatan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan jabatan sendiri serta memberi peluang untuk memperbaiki / menambah nilai pentadbiran / pengurusan jabatan bagi menampung sebarang kekurangan / kelemahan yang dikenal pasti dan sebagai persediaan awal sebelum penilaian formal 3PSA dilaksanakan oleh MSD. 


Dalam melaksanakan Self-Assessment 3PSA tersebut, mentor yang terdiri daripada Pegawai MSD telah dilantik bagi setiap agensi. Mentor berperanan dalam memberikan panduan dan bimbingan disepanjang pelaksanaan self-assessment serta memastikan self-assessment dilaksanakan ‘on the right track’. 



Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta  Bengkel 3PSA 


Pusat Pekerjaan Brunei

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Sekolah-Sekolah

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Perkhidmatan Air

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Buruh

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Kemajuan Perumahan

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria

Peserta Bengkel 3PSA


Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan

Peserta Bengkel 3PSA


Attachments