Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

12 FEBRUARI 2026 - MAJLIS CERAMAH MENJELANG RAMADHAN JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN BAGI TAHUN 1447H BERSAMAAN 2026M

KHAMIS, 12 Februari 2026 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS MSD) telah menganjurkan Majlis Ceramah Menjelang Ramadhan sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Mohd. Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd. Kassim, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah serta pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahim bin Awang Haji Ali, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah khas bertajuk “Ramadhan dan Pemantapan Kerohanian Dalam Kehidupan Moden” yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Awang Mohammad Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama, daripada Pusat Da’wah Islamiah. Majlis turut diserikan dengan sesi soal jawab melalui platform Slido. Majlis diakhiri dengan bacaan Tahlil.


Penganjuran majlis ini bertujuan untuk memperkukuhkan persiapan rohani warga Jabatan dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan, seterusnya meningkatkan kualiti ibadah, pembentukan akhlak serta ketahanan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan moden




Attachments