Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

11 MAC 2026 - PROGRAM RAMADHAN CHARITY DRIVE 1447H/2026M JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

Rabu, 11 Mac 2026 –Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD) melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS MSD) telah melaksanakan Program Ramadhan Charity Drive 1447H/2026M. Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti keugamaan dan kebajikan Jabatan untuk menyumbang semula kepada masyarakat dengan menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan meraih keberkatan di bulan Ramadhan ini.



Program ini melibatkan sumbangan kewangan serta agihan bekalan makanan asasi kepada empat (4) buah keluarga yang kurang berkemampuan, terdiri daripada anak-anak yatim dan ibu tunggal, di sekitar Daerah Brunei dan Muara.

Rombongan tersebut telah diketuai oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Pengiran Mohd Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd Kassim. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah serta pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.


Melalui aktiviti seumpama ini diharap akan dapat memperkukuhkan lagi budaya prihatin dan semangat gotong royong di kalangan warga Jabatan ini, sesuai dengan salah satu nilai-nilai utama (core values) Jabatan ini dalam mengamalkan sikap pemedulian terhadap keperluan masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan.


 

  




Attachments