Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

19 MAC 2026 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1447H / 2026M JABATAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN

Khamis, 19hb. Mac 2026 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), melalui Badan Keugamaan, Sosial dan Sukan (BKSS MSD), telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena bulan Ramadhan 1447H / 2026M. 


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pengiran Mohd Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd Kassim, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan. Turut hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta para pegawai dan kakitangan MSD. 

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Khatam Al-Quran. Majlis diteruskan dengan Takhtim, Tahlil dan Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Yang Mulia Awang Haji Abdul Rahim bin Awang Haji Ali, Pegawai Perkhidmatan Pengurusan. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban secara beramai-ramai. 



Penganjuran majlis ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan tahunan MSD bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan untuk memperolehi ganjaran pahala dan keberkatan, di samping  memupuk semangat perpaduan serta meningkatkan penghayatan nilai-nilai Islam dalam kalangan warga MSD

 





Attachments