Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

09 MEI 2026 - TAKLIMAT GARIS PANDUAN SISTEM PENGENDALIAN ADUAN ORANG RAMAI BAGI FOKAL PENGENDALIAN ADUAN PERINGKAT KEMENTERIAN

SABTU, 09 MEI 2026 - Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan sesi taklimat mengenai Garis Panduan Sistem Pengendalian Aduan Orang Ramai, dihadiri oleh pegawai-pegawai fokal pengendalian aduan yang telah dilantik daripada setiap Kementerian.

 

Sesi tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Mohd Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd Kassim, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, dan disusuli dengan penyampaian taklimat mengenai garis panduan berkenaan.

 

Taklimat ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Garis Panduan Sistem Pengendalian Aduan Orang Ramai dilaksanakan secara seragam, teratur dan berkesan di semua kementerian. Penerbitan garis panduan tersebut merupakan salah satu inisiatif berterusan MSD dalam menyokong hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.  

 

Di samping itu, garis panduan berkenaan juga dihasratkan akan dapat membantu agensi Kerajaan dalam menyediakan sistem pengendalian aduan yang lebih bersistematik dan tersusun, serta memperkukuhkan keupayaan perkhidmatan awam untuk bertindak secara responsif terhadap aduan yang diterima bagi mendukung usaha penambahbaikan yang berterusan.

 

Melalui taklimat tersebut, para peserta telah didedahkan kepada Model Sistem Pengendalian Aduan yang merangkumi empat (4) peringkat pengendalian aduan serta penekanan terhadap 11 ciri mandatori yang diperlukan bagi memastikan sistem pengendalian aduan di setiap agensi Kerajaan dilaksanakan dengan teratur, lengkap dan berkesan.


Attachments