Skip Ribbon Commands
Skip to main content

MSD News and Current Issues

23 MEI 2026 - SESI KONSULTASI BENGKEL PROGRAM PENGGREDAN PRESTASI SEKTOR AWAM (3PSA) MELALUI PENARAFAN BINTANG BAGI TAHUN KEWANGAN 2025/2026

​Sesi Konsultasi Bengkel 3PSA, 21hb. dan 23hb. Mei 2026 – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Sesi Konsultasi Bengkel Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) Melalui Penarafan Bintang pada hari Khamis, 21hb. Mei 2026 dan hari Sabtu, 23hb Mei 2026 di Jabatan Perkhidmatan Pengurusan.

 

Sesi konsultasi ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel 3PSA yang telah diadakan pada 26hb. Januari hingga 02hb. Februari 2026 yang melibatkan lapan (8) agensi. Melalui bengkel tersebut, setiap agensi dikehendaki untuk melaksanakan Self-Assessment 3PSA di agensi masing-masing dan hasil dapatan self-assessment berkenaan telah dikongsikan dan dibentangkan oleh Kumpulan Pegawai Penilai (peserta bengkel) di sesi konsultasi ini.

 

Bengkel dan Self-Assessment 3PSA adalah antara strategi bagi mempersiapkan agensi-agensi berkenaan sebelum penilaian formal dilaksanakan oleh pihak MSD. Hasil Self-Assessment 3PSA ini juga akan digunakan sebagai maklumat awal (preliminary information) dan rujukan awal pihak MSD semasa pelaksanaan penilaian formal nanti.

 

Sesi konsultasi diakhiri dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta bengkel yang telah disampaikan oleh Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Yang Mulia Pengiran Mohd Fadly Harfinie bin Pengiran Haji Mohd Kassim.




Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta  Sesi Konsultasi Bengkel 3PSA Sesi Pertama, 21hb. Mei 2026




Pengarah Perkhidmatan Pengurusan bersama peserta  Sesi Konsultasi Bengkel 3PSA Sesi Pertama, 23hb. Mei 2026

Attachments