Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFrequently Asked Questions (FAQs) berkaitan Anugerah Inovasi Perdana (AIP)


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN AIP

SOALANBerapakah tempoh pelaksanaan projek yang boleh ikut bertanding?

JAWAPAN

 

Penyertaan AIP tiada penekanan dari segi tempoh pelaksanaan projek. Walaubagaimanapun AIP memfokuskan kepada projek yang telah menampakkan outcome / hasil  dan impak terutama sekali terhadap orang ramai / pelanggan.

SOALAN

Jika sekiranya projek yang dicalonkan melibatkan proses dalaman, bagaimana AIP dapat dilihat  memberikan pengiktirafan dalaman?

JAWAPAN

Bagi agensi yang ingin menyertai AIP, agensi berkenaan perlu menghadapkan penyertaan melalui Kementerian / Jabatan. Ini sekaligus dapat dikira sebagai pengiktirafan.

SOALAN 

Berkaitan tapisan keselamatan, jika sekiranya salah seorang ahli dalam kumpulan ada rekod tatatertib, adakah penyertaan kumpulan berkenaan dibatalkan?

JAWAPAN  

Agensi perlu memastikan diperingkat awal penyertaan AIP supaya ahli kumpulan yang mempunyai rekod kesalahan / tatatertib tidak disenaraikan menjadi ahli kumpulan berkenaan. Ahli kumpulan yang menyertai projek haruslah tiada rekod jenayah.  

SOALANAdakah ianya terbuka kepada perkhidmatan awam sahaja atau boleh disertai oleh badan-badan berkanun?
JAWAPAN

AIP hanya dibukakan kepada pegawai dan kakitangan di dalam Perkhidmatan  Awam.
SOALANBolehkah membuat kolaborasi projek dengan agensi beruniform? Bagaimanakah penyertaan projek tersebut?

JAWAPAN

 

ยง  Projek yang melibatkan kolaborasi digalakkan. Walaubagaimanapun lead owner projek berkenaan perlu dikenalpasti dengan jelas. Jika sekiranya ownership projek berkenaan lebih berpihak kepada agensi berunifom, projek bolehlah dihadapkan melalui agensi berunifom melalui Kementerian yang berkenaan dengan persetujuan bersama. 

SOALAN Boleh kah jabatan beruniform seperti Jabatan Bomba dan Keselamatan menyertai AIP?
JAWAPAN


AIP dibukakan penyertaannya kepada semua pegawai dan kakitangan Kementerian / Jabatan dalam Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam yang mengikut syarat-syarat penyertaan di dalam Garis Panduan AIP.

SOALANBagaimana proses menghadapkan Kertas Projek bagi penyertaan perseorangan?

JAWAPAN

 

Penyertaan secara berkumpulan atau perseorangan perlu dihadapkan penyertaan melalui kementerian / jabatan masing-masing. Ini bermakna, penyertaan secara perseorangan akan mewakili kementerian / jabatan  berkenaan.
SOALANBagi penyertaan berkumpulan, berapa orang dihadkan dalam sebuah kumpulan?
JAWAPAN

Penyertaan berkumpulan AIP tidak dihadkan penyertaan ahli-ahlinya.


KRITERIA DAN CIRI-CIRI PENILAIAN KERTAS PROJEK

 
SOALAN  
 
Adakah cost-benefit analysis dapat digunakan dalam AIP?

JAWAPAN

Cost-benefit analysis adalah salah satu kaedah yang dapat digunapakai dalam membuat penganalisaan. Selain itu, banyak kaedah didalam KKC yang  juga dapat digunapakai. 

SOALAN

 

Bagaimana sekiranya projek yang menyertai AIP sudah berjalan akan tetapi belum menampakkan hasil dan impak? Bolehkah projek berkenaan menyertai AIP pada tahun berikutnya? 
JAWAPAN
Projek yang disarankan untuk menyertai AIP adalah projek yang telah menampakkan outcome / hasil dan impak. Jika sekiranya projek yang dihadapkan belum menampakkan outcome / hasil dan impak, maka penyertaan semula projek berkenaan  pada tahun berikutnya tidak akan diterima.

SOALAN          Bolehkan projek yang pernah dipertandingkan pada konvensen KKC dicalonkan untuk menyertai AIP?
JAWAPAN        
Penyertaan AIP ditekankan bagi inovasi program / projek-projek baru. Program / projek yang pernah menyertai KKC tidak boleh dicalonkan untuk menyertai AIP.

SOALAN          

 

Adakah boleh menyertai AIP jika sekiranya projek yang pernah menyertai ACPA dibuat kesinambungannya dan dibuat penambahbaikan?

JAWAPAN          

Penyertaan AIP ditekankan bagi inovasi program / projek-projek baru. Program / projek yang pernah menyertai ACPA tidak boleh dicalonkan untuk menyertai AIP.

SOALAN              Siapakan diantara penilai didalam AIP?
JAWAPAN           
Wakil dari Perkhidmatan Awam, Institut Pendidikan Tinggi, dan  Sektor Swasta.

SOALAN             Perlukah kementerian-kementerian mengadakan mini panel penilaian seperti KKC sebelum di hadapkan kepada urusetia AIP?

JAWAPAN           

 

Tidak perlu, walaubagaimanapun tiada halangan bagi kementerian mengadakan mini panel penilaian berkenaan.
SOALAN              Adakah lawatan akan dibuat ke agensi semasa penilaian dibuat?
JAWAPAN         
Ya, penilaian lanjutan melalui lawatan ke agensi akan dijalankan kepada projek / agensi jika diperlukan.

SOALAN           Bilakah kertas projek dibentangkan setelah ianya dihadapkan?

JAWAPAN         

 

Sesi pembentangan akan dilaksanakan setelah Urusetia membuat proses penapisan dan Panel Penilaian dan Pemilihan peringkat pertama. 


BENTUK ANUGERAH

SOALAN           Adakah berlainan hadiah bagi pemenang penyertaan perseorangan dan penyertaan berkumpulan?

JAWAPAN         

 

Hadiah AIP akan dianugerahkan berpandukan penyertaan projek sama ada ianya penyertaan secara berkumpulan ataupun perseorangan.


LAIN-LAIN

SOALAN          Adakah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) masih dilaksanakan?

JAWAPAN        

 

Projek-projek yang menggunakan kaedah KKC atau lain-lain kaedah pengurusan boleh menyertai AIP selagi projek berkenaan memenuhi kriteria dan syarat penyertaan AIP.
SOALAN           Adakah Konvensyen KKC masih dilaksanakan?

JAWAPAN         

Konvensyen KKC peringkat kebangsaan diserapkan ke AIP.