Pengenalan
- Pengauditan TPOR telah diperkenalkan pada tahun 2003 (Surat Pemberitahuan Jabatan Perdana Menteri bilangan 1/2003 bertarikh 20 Mei 2003).
- Audit Susulan TPOR bermula pada Mei 2007.
Matlamat Pengauditan TPOR
- Untuk membantu ke arah memperkukuhkan infrastruktur pengurusan dan kawalan terhadap pelaksanaan TPOR dalam Perkhidmatan Awam;
- Untuk mengetahui komitmen dan tahap pelaksanaan dan pencapaian TPOR di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dan di dalam Perkhidmatan Awam umumnya;
- Untuk membantu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan TPOR dengan sebaiknya mengikut garis panduan yang telah diberikan dan membantu kementerian / jabatan untuk mengenal pasti tindakan-tindakan pembetulan (‘initiate corrective actions’);
- Untuk mengemukakan cadangan dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi, akauntabiliti dan kualiti pemberian perkhidmatan di dalam Perkhidmatan Awam terutamanya perkhidmatan kepada pelanggan; dan
- Untuk memberikan pengiktirafan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang terbukti telah mengendalikan pelaksanaan TPOR dengan sebaiknya sebagai salah satu kaedah galakan (reward) ke arah persaingan yang sihat dan membudayakan sikap pemedulian
Matlamat Audit Susulan TPOR
- Memeriksa sejauhmana cadangan pembaikan yang dipersetujui di pengauditan lalu dilaksanakan;
- Memeriksa dan menilai perubahan yang dilakukan hasil dari pengauditan yang lalu;
- Menekankan kepentingan pemantauan terhadap pelaksanaan cadangan-cadangan tindakan pembaikan bagi memastikan yang janji jabatan yang diaudit untuk mengambil tindakan pembaikan itu memang dilaksanakan; dan
- Membolehkan Audit dan pihak tertentu membuat penilaian terhadap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh jabatan berkenaan hasil dari penemuan dan maklumbalas audit yang sebelumnya
Proses Pelaksanaan Pengauditan TPOR
Proses Pelaksanaan Audit Susulan TPOR
Senarai Jabatan yang Telah Diaudit dan Tahun Dilaksanakan
Penemuan Pengauditan TPOR
Penemuan Audit Susulan TPOR
- Penemuan Audit Susulan TPOR
- Peningkatan ketara semasa Audit Susulan
- Pelaksanaan Cadangan Pembaikan :
- Penubuhan Jawatankuasa TPOR, Penggubalan TPOR mengikut 4 tindakan, Mempromosikan TPOR melalui berbagai kaedah, Penyediaan pemulihan perkhidmatan, Melaksanakan pemantauan , Membuat penilaian / penambahbaikan terhadap TPOR yang dulu
- Kenaikan dalam peratus pencapaian TPOR
- Pegawai dan kakitangan jabatan yang diaudit lebih ‘aware’ dengan konsep pelaksanaan TPOR dan MPK
- Hanya menerima permohonan yang lengkap sahaja
- Mengadakan Kaunter / Pusat Pemedulian Pelanggan