Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPengauditan dan Audit Susulan TPOR

Pengenalan

  • Pengauditan TPOR telah diperkenalkan pada tahun 2003 (Surat Pemberitahuan Jabatan Perdana Menteri bilangan 1/2003 bertarikh 20 Mei 2003).
  • Audit Susulan TPOR bermula pada Mei 2007.

 

Matlamat Pengauditan TPOR

  • Untuk membantu ke arah memperkukuhkan infrastruktur pengurusan dan kawalan terhadap pelaksanaan TPOR dalam Perkhidmatan Awam;
  • Untuk mengetahui komitmen dan tahap pelaksanaan dan pencapaian TPOR di kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan dan di dalam Perkhidmatan Awam umumnya;
  • Untuk membantu kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukan bimbingan dalam melaksanakan TPOR dengan sebaiknya mengikut garis panduan yang telah diberikan dan membantu kementerian / jabatan untuk mengenal pasti tindakan-tindakan pembetulan (‘initiate corrective actions’);
  • Untuk mengemukakan cadangan dan mengenal pasti tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan lagi prestasi, akauntabiliti dan kualiti pemberian perkhidmatan di dalam Perkhidmatan Awam terutamanya perkhidmatan kepada pelanggan; dan
  • Untuk memberikan pengiktirafan kepada kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan yang terbukti telah mengendalikan pelaksanaan TPOR dengan sebaiknya sebagai salah satu kaedah galakan (reward) ke arah persaingan yang sihat dan membudayakan sikap pemedulian

 

Matlamat Audit Susulan TPOR

  • Memeriksa sejauhmana cadangan pembaikan yang dipersetujui di pengauditan lalu dilaksanakan;
  • Memeriksa dan menilai perubahan yang dilakukan hasil dari pengauditan yang lalu;
  • Menekankan kepentingan pemantauan terhadap pelaksanaan cadangan-cadangan tindakan pembaikan bagi memastikan yang janji jabatan yang diaudit untuk mengambil tindakan pembaikan itu memang dilaksanakan; dan
  • Membolehkan Audit dan pihak tertentu membuat penilaian terhadap perubahan-perubahan yang dilakukan oleh jabatan berkenaan hasil dari penemuan dan maklumbalas audit yang sebelumnya
 
Proses Pelaksanaan Pengauditan TPOR
 
pproses pelaksanaan_pengauditan_tpor_1
 
Proses Pelaksanaan Audit Susulan TPOR
 
proses pelaksanaan_audit_susulan_tpor
 
 
Senarai Jabatan yang Telah Diaudit dan Tahun Dilaksanakan
 
senarai jabatan_yang_telah_diaudit_dan_tahun_dilaksanakan
 
 
Penemuan Pengauditan TPOR
 
penemuan pengauditan_tpor
 
Penemuan Audit Susulan TPOR
  • Penemuan Audit Susulan TPOR
  • Peningkatan ketara semasa Audit Susulan
  • Pelaksanaan Cadangan Pembaikan :
  • Penubuhan Jawatankuasa TPOR, Penggubalan TPOR mengikut 4 tindakan, Mempromosikan TPOR melalui berbagai kaedah, Penyediaan pemulihan perkhidmatan, Melaksanakan pemantauan , Membuat penilaian / penambahbaikan terhadap TPOR yang dulu
  • Kenaikan dalam peratus pencapaian TPOR
  • Pegawai dan kakitangan jabatan yang diaudit lebih ‘aware’ dengan konsep pelaksanaan TPOR dan MPK
  • Hanya menerima permohonan yang lengkap sahaja
  • Mengadakan Kaunter / Pusat Pemedulian Pelanggan
skop pengauditan_tpor