Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam

Latarbelakang

Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, satu rancangan pembaharuan telah diperkenalkan kepada Perkhidmatan Awam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1990 yang dikenali sebagai Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam (Civil Service Review Programme – CSR).

Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam (Civil Service Review Programme - CSR) ini diperkenalkan adalah sebagai usaha untuk membina satu Perkhidmatan Awam yang lebih cekap, berkesan dan responsif, disamping untuk memaju dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan dan pengurusan Perkhidmatan Awam. Kearah itu, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakannya.


Matlamat

Untuk mengembangmaju dan mempertingkatkan lagi kecekapan, keberkesanan, produktiviti, kualiti, prestasi pentadbiran dan pengurusan perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam.


Objektif

  • Untuk membantu Kerajaan dalam menjimatkan perbelanjaan melalui penekanan terhadap keberkesanan kos;
  • Menambahkan hasil/sumber pendapatan Negara;
  • Meningkatkan lagi kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan dan orang ramai; dan
  • Meningkatkan lagi kecekapan, keberkesanan dan prestasi pentadbiran dan pengurusan organisasi.


Fokus

  • Struktur organisasi;
  • Sistem dan prosedur;
  • Proses-proses;
  • Prestasi; dan
  • Perancangan.


Strategi-strategi perlaksanaan

  • Pembentukan Kumpulan Tindakan / Kumpulan Pengurusan / Kumpulan Pelaksana di setiap Kementerian dan Jabatan;
  • Perkongsian ide dan menumpukan consensus dalam apa jua penelitian (idea sharing dan concensus building);
  • Penggunaan kaedah Performance Improvement Planning (PIP) dan / atau lain-lain kaedah yang bersesuaian;
  • Membuat tindakan susulan (follow-up) dan tindakan seterusnya (follow-through) ke atas projek yang dilaksanakan bagi mencapai matlamat;
  • Menyediakan dan menggunakan maklumat terkini; dan
  • Membuat lawatan / pemeriksaan.

 

Mekanisma perlaksanaan

  • Melibatkan semua Setiausaha Tetap dan Ketua Jabatan;
  • Kumpulan Tindakan / Kumpulan Pengurusan / Kumpulan Pelaksanan di setiap Kementerian / Jabatan;
  • Jabatan Perkhidmatan Pengurusan;
  • Jawatankuasa Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JPPA).

 

Faktor-faktor membantu kejayaan perlaksanaan

  • Sokongan dan komitmen yang padu, serius dan berterusan;
  • Penglibatan sepenuhnya agensi-agensi terlibat dalam mekanisme perlaksanaan;
  • Penganugerahan insentif pengiktirafan;
  • Semangat bekerjasama;
  • Penentuan tugas/tanggungjawab;
  • Pengawasan pengurusan;
  • Penyertaan pegawai dan kakitangan;
  • Pemantauan berterusan;
  • Latihan bersesuaian;
  • Khidmat pakar runding.

 

Maklumat lanjut sila rujuk kepada Panduan Rancangan Penelitian Semula Ke Atas Perkhidmatan Awam, cetakan ke 2, 2005 oleh Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam.Telefon 2382064/65/66; Faksimili 2382062; email info.msd@msd.gov.bn.