Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH GANGSA KERTAS CADANGAN

​​​


Jabatan Perkhidmatan Elektrik dan DST INCOMM Sendirian Berhad

Tajuk​ Projek: “SMART METERING (SM)”


AHLI-AHLI
  • Awang Wan Harris Zaky bin Haji Ibrahim, Penganalisa Sistem Kanan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik
  • Dayang Juliana Sim Bee Leng, General Manager, DST INCOMM Sdn. Bhd.
  • Awang Muhammad Noh bin Koya, Senior Manager,  DST INCOMM Sdn. Bhd.

SINOPSIS

Utiliti merupakan salah satu cabaran yang dihadapi di seluruh dunia masa kini dan sebagai pengguna, mereka mengharapkan agar segala kemudahan utiliti yang bersangkutan dengan keperluan harian akan dapat di nikmati samaada di rumah mahupun di pejabat. 

Pengguna sudah setentunya mengharapkan kewujudan sistem tenaga elektrik dapat memberikan perkhidmatan yang berpanjangan bagi keperluan harian mereka dan tidak hairan lah jika terdapat segelintir pengguna merungut bila bekalan elektrik tersebut terputus lebih-lebih lagi dalam jangka waktu yang panjang. Dengan wujudnya sistem meter pintar (SMART Metering), pihak industry utiliti yang bersangkutan dengan penjanaan dan pengagihan bekalan elektrik di abad ke 21 akan dapat memainkan peranan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan yang lebih canggih agar para pengguna bijak dalam mengatur penggunaan tenaga elektrik. Dengan kaedah sistem meter pintar, pengguna akan dapat mengawal penggunaannya dan mengurus sendiri cara pemakaian ke arah penggunaan tenaga yang berpatutan. Sistem meter pintar ini juga mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti caj penggunaan tariff yang berbeza dalam masa sehari mengikut susunan yang disediakan (seperti tariff waktu pagi, petang dan malam) dan perkhidmatan prabayar. Dalam iklim perniagaan masa ini, organisasi seperti Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) perlu kekal berdaya saing dalam memberikan perkhidmatan yang lebih inovatif dengan menggunakan kaedah teknologi yang canggih terutama dalam memaksimakan sumber-sumber yang sedia ada. Tenaga elektrik yang sememangnya keperluan asas dan penting dalam kehidupan kita seharian memberikan cabaran kepada JPE dalam usaha mengendalikan perkhidmatan elektrik kearah menjana ekonomi yang lebih efektif dan berkesan.

Kaedah sistem meter pintar, dengan rangkaian komunikasi yang berkesan dan berdaya tahan di harap akan dapat membawa perubahan kepadaJPE dalam model perniagaan dari pusat penyelia dan komoditi perkhidmatan elektrik kepada pusat maklumat perniagaan di samping mewujudkan integrasi bagi pengguna dalam bentuk kemanfaatan dan menangani kemampanan tenaga. Untuk merealisasikan rancangan ini, JPE berhasrat untuk bekerjasama dengan DataStream Technology Sdn. Bhd. (DST) melalui anak syarikatnya DSTIncomm berlandaskan konsep PPP (Public Private Partnership). Sebagai salah satu syarikat swasta yang terkemuka di Negara ini dan salah satu perintis dalam bidang telekomunikasi, DST menegaskan komitmen mereka yang berterusan dalam memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik bagi para pelanggan mereka di seluruh Negara (DST, 2016). Tambahan pula, dengan kewujudan DST selama lebih 20 tahun berjaya membawa kemajuan dengan potensi baru dan kepelbagaian dalam teknologi di Brunei Darussalam. Sebagai contoh, DST telah berjaya melancarkan sistem “Higher Education Centralised Admission System” (HECAS) hasil kerjasama mereka dengan Kementerian Pelajaran Brunei pada tahun 2009 bagi memudahkan para pelajara di Negara ini untuk memohon bagi melanjutkan pelajaran melalui HECAS.

Adalah menjadi harapan dengan model yang di cadangkan ini serta dengan wujudnya usahasama antara JPE dengan DST akan dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi Negara Brunei Darussalam dengan meneroka pelbagai modaliti seperti usahama sektor awam dan swasta (PPP) dalam membina infrastruktur sistem meter pintar kearah menjana ekonomi yang lebih kukuh dan efektif sejajar dengan aspirasi Wawasan Brunei 2035.


OBJEKTIF CADANGAN

Antara objektif utama rancangan sistem meter pintar ini termasuk lah:
  • Penggunaan teknologi komunikasi “Smart Grid” untuk memudahkan lagi pengumpulan maklumat bagi pembekal dan pengguna.
  • Pengurusan data melalui “Smart Meter Data Management System” dapat membantu meningkatkan kecekapan dari segi operasi dan bisnes dalam menghasilkan maklumat yang di perlukan.
  • Membolehkan perlaksanaan sistem meter pintar berskala besar dan secara tidak langsung meningkatkan mutu perkhidmatan kearah yang lebih efektif, juga memberikan manfaat kepada pengguna dari segi pemakaian disamping kos operasi yang rendah dan penggunaan tenaga yang lebih mampan.
  • Kaedah sistem meter pintar ini dapat menyediakan analisa data yang di perlukan oleh pengguna dengan mengakses nya melalui portal Pengurusan Perhubungan Pelanggan (Customer Relationship Management) dan sistem Back-End JPE dengan pengurusan sistem bil yang lebih fleksibel.