ANUGERAH PEKERJA TERBAIK 2017
KATEGORI A
DAYANG NOOR ROHAYA BINTI ARUN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN
Dayang Noor Rohaya mempunyai semangat, komitmen tinggi, berinisiatif, cekap dan bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Beliau adalah salah seorang pegawai yang berpotensi, accountable dan reliable untuk menghasilkan dan menjayakan tugasan yang lebih mencabar bagi membantu MSD dalam mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan ke arah kecemerlangan Perkhidmatan Awam.
KATEGORI B
AWANG ROSHDI BIN BAHRIN
PENOLONG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENGURUSAN
Awang Roshdi mempunyai inisiatif, semangat dan keinginan sendiri untuk mendalami bidang yang diceburinya meskipun latar belakang kelulusan pendidikannya yang berlainan. Beliau telah memperlihatkan pencapaian tugas yang cemerlang dengan menunjukkan kualiti kerja yang membanggakan apabila tugas yang mencabar dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa menggunakan khidmat luar jabatan yang melibatkan kos.
KATEGORI C
DAYANG JURIAH @ JAUYAH BINTI KAMIS
KERANI
Dayang Juriah merupakan seorang yang sangat teliti dalam melaksanakan tugasan malah akan merasa ‘beuri’ jika tugasan belum siap atau lengkap. Beliau sentiasa menunjukkan prestasi kerja yang konsisten dan telah diberi kepercayaan beberapa kali untuk memangku atau menjalankan tugas jawatan yang lebih kanan.