Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksANUGERAH PERAK BAGI KERTAS PROJEK

​​​​​​​​​


KUMPULAN AZRAQ

Tajuk Projek: “ IMPLEMENTASI INISIATIF PENDIDIKAN RENDAH (PEI) ”​

Pejabat Timbalan Setiausaha Tetap, Pendidikan Teras
Kementerian Pendidikan

Tarikh Diperkenalkan : Nov 2014 / Tarikh Dilaksanakan : 03 Januari 2015


AHLI-AHLI 
  • ​Dayang Dr Hajah Zurina binti Haji Harun, Pemangku Penolong Pengarah
  • Dayang Lina Salwana binti Hussin, Pegawai Pendidikan
  • Awang Hazarry bin Haji Ali Ahmad, Pegawai Pelajaran
  • Awang Mohammad Redzuan bin Haji Botty, Pegawai Pendidikan
  • Dayang Siti Hana binti Abdul Muiz @ Valerie Tan Chai Yen, Pegawai Pendidikan

SINOPSIS 
​​
Pendidikan di peringkat rendah adalah salah satu komponen pendidikan yang penting dalam alam pendidikan seseorang individu. Pendidikan rendah adalah hak asasi manusia setiap kanak-kanak di mana ia akan menyediakan kesemua asas seperti kurikulum akademik dan aktiviti ko-kurikular yang diperlukan bagi pertumbuhan minda, rohani dan fizikal serta ke arah kesinambungan di peringkat pendidikan menengah. 

Dalam menekankan kepentingan pendidikan rendah, kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan telah menyasarkan 90 peratus pelajar untuk mencapai gred A hingga C secara berperingkat dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) menjelang 2017. Sasaran ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian dalam menuju ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035 yang menginginkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. 

Bagi tujuan ini, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti lima (5) focus areas yang penting dalam mengatur strategi ke arah mencapai sasaran dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi pelajar dalam pendidikan rendah. Lima (5) focus areas tersebut ialah: 

  • ​Kepimpinan (Leadership) 
  • Pengajaran dan Pembelajaran (Teaching and Learning) 
  • Akauntabiliti dan Pengurusan Prestasi (Accountability and Performance   Management) 
  • Kehadiran dan Faktor-Faktor Sosial (Attendance and Social Factors) 
  • Penghubung Berjalin (Cross-cutting Enablers) 

OBJEKTIF PROJEK 

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan peratus pelajar Tahun 6 yang mendapat Gred A hingga C di dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2015 ke 74% dan seterusnya mendokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mensasarkan peratus keputusan PSR sebanyak 90% gred A hingga C bagi tahun 2017.

 
SINOPSIS PEMENANG KATEGORI KERTAS PROJEK

​PERAK

GANGSA

SAGUHATI