Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksBengkel TPOR dan MPK

Pengenalan

  • Bengkel TPOR dan MPK ini diperkenalkan sejak tahun 2006 dan ianya dihasratkan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan TPOR dan MPK agar konsep ini dapat diserapkan dan dipraktikkan oleh semua peringkat pegawai dan kakitangan.
 

Hasil Pembelajaran

  • Membimbing, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman serta memberikan pendedahan kepada peserta ke arah pelaksanaan TPOR yang sebenar, yang juga ada kaitannya dengan penyediaan MPK, pengendalian aduan dan pemberian perkhidmatan kepada orang ramai yang lebih teratur.

 

Kandungan

  • Konsep dan pelaksanaan TPOR
  • Konsep dan Cara-Cara Penyediaan Manual Prosedur Kerja
  • Sistem Pemulihan Perkhidmatan dan Pengendalian Aduan
  • Pengauditan TPOR
  • Panduan Pegawai dan Kakitangan Kerajaan Dalam Memberikan Perkhidmatan Kepada Pelanggan dan Panduan Standard Minima Perkhidmatan Kaunter


Jangkamasa (hari) : 3 hari


Kaedah penyampaian

  • Teori, amali (kerja kumpulan) dan ujian termasuk penyediaan pelan tindakan yang akan dipersetujui oleh ketua jabatan setiap peserta.

 

Profil peserta

  • Pegawai-Pegawai Pentadbir, Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk memantau TPOR di kementerian dan jabatan kerajaan

Lain-Lain

  • Bengkel TPOR dan MPK bagi negara-negara CLMV di bawah Initiative for ASEAN Integration (IAI) dan ACCSM
    • TPOR : diadakan di Lao PDR pada 19 - 20 Oktober 2010
    • MPK : diadakan di Cambodia pada 16 – 17 November 2010