PENGENALAN
Jabatan Perdana Menteri melalui MSD telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan strategi di bawah Pembangunan Institusi (Institutional Development) selaras dengan aspirasi Wawasan 2035. Pelaksanaannya diungkayahkan dalam bentuk peta jalan yang digelar Rangka Kerja Perkhidmatan Awam (RKPA) / Civil Service Framework (CSF) dan di bawah peta jalan ini, satu (1) inisiatif Pro-Business dan Persekitaran Awam' telah menggunakan maklumat peratus pencapaian TPOR sebagai kayu pengukur atau sukat pencapaian pelaksanaan inisiatif di bawah RKPA tersebut.
Bermula pada tahun kewangan 2017/2018, 34 agensi kerajaan telah dikenal pasti sebagai agensi yang banyak berurusan dengan orang ramai telah dipantau pencapaian TPORnya.

KAEDAH PEMANTAUAN
Dua tempoh pemantauan dikenal pasti bagi agensi untuk menghadapkan pencapaian TPOR:
Jendela 1 : bermula pada bulan April hingga September
Jendela 2 : bermula pada bula Oktober hingga Mac
